Perpindahan bekas juara dunia Formula 1, Lewis Hamilton dari Mercedes ke Ferrari melonjakkan harga saham pengeluar kereta Itali itu ke paras tertinggi dalam sejarah, lapor dpa.
Saham pengeluar kereta mewah Itali itu meningkat ke paras tertinggi AS$389.45 menjelang penutup dagangan di Wall Street, meningkat lebih daripada 12 peratus daripada penutupan hari sebelumnya.
Bagaimanapun, prospek Hamilton memandu kereta lumba merah itu mulai 2025 itu adalah pendorong utama lonjakan harga saham Ferrari.
Perpindahan itu diumumkan petang semalam. Rakan sepasukan pelumba Britain itu adalah Charles Leclerc dari Monaco. -BERNAMA-dpa