MalaysiaPilihan Editor

RUU Antilompat; Adakah Terdapat Gunting Dalam Lipatan? – Ahmad Zahid

Kelewatan untuk membentangkan Rang Undang-Undang (RUU) Anti Lompat Parti pada sidang khas Dewan Rakyat Isnin ini hanya akan mengecewakan rakyat.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata rakyat amat menanti kewujudan undang-undang itu dilaksanakan segera kerana mandat rakyat yang memilih pemimpin ketika pilihan raya hilang apabila berlakunya lompat parti.

“Dilaporkan dalam media bahawa kerajaan tidak akan meneruskan rancangan untuk membentang dan meluluskan RUU pindaan perlembagaan yang bertujuan untuk menghalang Ahli Parlimen daripada lompat parti.

“Dikatakan juga Kabinet hari ini memutuskan untuk membentangkan RUU bagi meminda beberapa bahagian daripada Perlembagaan Persekutuan yang akan membolehkan perundangan ‘Antilompat’ di masa akan datang.

“Dengan kata lain, perundangan ‘Antilompat’ akan mengambil masa yang panjang, berdepan risiko ditangguh untuk sekian kali.
“Kelewatan ini seolah-olah tiada keseriusan dan ketegasan, malah kurang keazaman politik untuk digubal, bahas dan diluluskan.Adakah terdapat gunting dalam lipatan di sebalik kelewatan ini?,” katanya di Facebook malam tadi (6 April 2022).

Ahmad Zahid berkata, UMNO ialah parti yang paling terkesan dan menjadi mangsa lompat parti apabila terdapat Ahli Parlimennya yang melompat parti selepas Barisan Nasional (BN) tewas.

“Saya sudah menyatakan bahawa persefahaman kerajaan sedia ada di antara Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dengan PH (Pakatan Harapan) perlu dinilai semula kerana dinilai kurang tegas dalam usaha untuk mempercepatkan, membentang dan meluluskan undang-undang ini.

“Sudah pasti ini juga satu tamparan hebat terhadap PH yang membuat persefahaman dengan kerajaan yang sebenarnya bimbang tidak mampu dan tidak bersedia berdepan PRU (Pilihan Raya Umum) jika Parlimen dibubarkan,” katanya.

Justeru, beliau berkata, sudah tiba masa untuk UMNO dalam kerajaan lebih tegas menangani isu berkenaan sebelum menambahkan lagi kemarahan pihak yang mahu undang-undang lompat parti disegerakan. – BH ONLINE

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close