MalaysiaPilihan Editor

RAKYAT SABAH MEMILIH: BN Terus Diperkasa & Diperkukuhkan Menghadapi PRN Sabah – Kata Ahmad Zahid

Oleh wartawan BacalahMalaysia.my

 

Diperkasakan dan diperkukuhkan !

Dua formula “D” diberikan penekanan dan tumpuan Barisan Nasional (BN) bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang dijangka berlangsung pada bulan September depan.

Berlangsung dalam Mesyuarat Dewan Tertinggi BN malam tadi (11 Ogos 2020), Pengerusinya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menekankan dua perkara iaitu diperkasakan dan diperkukuhkan untuk jentera perang BN.

Dalam entri terbaharunya di Facebook, beliau berkata, BN terus diperkasa dan diperkukuhkan bagi menghadapi PRN Sabah di  Mesyuarat Dewan Tertinggi BN malam ini (tadi).

Sebelum itu BN Sabah dan rakan parti lain termasuk Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Parti Bersatu Sabah (PBS) dan STAR akan bertanding di semua 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) PRN kali ini.

BN Sabah terdiri daripada komponen parti UMNO, MCA dan Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS).

Pengerusi BN Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin dipetik sebagai berkata pihaknya akan mengadakan rundingan bersama rakan-rakan parti berhubung pembahagian kerusi yang bakal ditandingi dalam PRN berkenaan dalam masa terdekat dan dijangka selesai dalam tempoh dua minggu.

Pemerhati politik memperlihatkan PRN Sabah kali ini bakal mencorakkan landskap proses demokrasi yang luar biasa termasuk harapan dan pengamatan pengundi yang lebih terarah kepada blok parti yang boleh membawa harapan yang lebih baik.

Sudah tentu soal prasarana di kawasan luar bandar, kebajikan, ekonomi setempat, peluang pekerjaan dan kemudahan pendidikan menjadi asas penting dalam manifesto parti yang bertanding di PRN Sabah kali ini.

Pemerhati politik juga beranggapan walaupun parti Warisan dilihat seolah-olah mahu mendominasikan dalam PRN Sabah namun jangan memandang rendah dan remeh seperti parti politik yang sudah lama bertapak iaitu PBS di samping UMNO-BN yang akan menggunakan bendera sendiri, simbol berjabat tangan, setelah 16 tahun.

PBS yang dibentuk pada 1985, telah menggunakan bendera sendiri pada empat pilihan raya negeri (1985, 1986, 1990 dan 1994), tetapi setelah bergabung kembali dengan Barisan Nasional (BN) pada 2002, parti itu telah bertanding menggunakan logo BN pada 2004, 2008, 2013 dan sehingga pilihan raya umum 2018.

PBS adalah parti politik tempatan yang paling lama bertahan di Sabah dengan 61 bahagian di seluruh negeri serta di Labuan, dan dengan lebih daripada 2,000 cawangan aktif. Parti itu juga telah menubuhkan sebuah jawatankuasa sementara bahagian di 13 kerusi baharu.

Apapun, pemerhati politik percaya Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO pasti meninjau pada semua parti di Sabah yang mesra kerajaan pusat boleh membuat perjanjian untuk mengelakkan pertembungan tiga penjuru atau lebih di PRN.

Seperti mana yang diketahui umum, BN dengan rakan-rakan parti yang mesra BN  perlu bekerjasama untuk meletakkan calon satu lawan satu menentang Parti Warisan Sabah/Pakatan Harapan (PH).

DUN Sabah baharu-baharu ini sudah dibubarkan, memberi laluan kepada pilihan raya negeri, yang perlu diadakan sebelum 29 Sept.

Pada pilihan raya ke-14, 60 kerusi DUN dipertandingkan namun pada Julai tahun lalu, Dewan Rakyat meluluskan usul untuk menambah 13 lagi kerusi DUN di Sabah, menjadikan jumlah keseluruhan 73 kerusi.-BACALAHMALAYSIA.MY

 

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close