Kedai Runcit

Rezeki Nasi Lemak RM1 Di Kampung Rusila, Marang

Kos sara hidup dan harga barangan yang semakin meningkat tidak menghalang seorang peniaga dari Kampung Rusila, di sini menjual nasi lemak berlauk ikan bilis, telur dan timun hanya pada harga RM1.

Safiah Azlan membungkus nasi lemak RM1 untuk pelanggan yang beratur panjang di gerainya di Kampung Rusila, Marang.- NSTP/NAZDY HARUNSafiah Azlan membungkus nasi lemak RM1 untuk pelanggan yang beratur panjang di gerainya di Kampung Rusila, Marang.- NSTP/NAZDY HARUN

Walaupun margin keuntungan kecil, Safiah Azlan, 32, berkata dia tetap berpuas hati kerana dalam tempoh selewat-lewatnya tujuh jam dia kini mampu menjual sehingga 1,700 bungkus makanan berkenaan.

Harga RM1 itu, katanya, ditetapkan selepas dia melihat kuasa beli pengguna semakin menurun, manakala kos sara hidup dan harga barangan pula makin meningkat.

“Saya berniaga makanan sejak 14 tahun lalu, namun melihat kuasa beli semakin turun dan dengan peningkatan harga barang, saya perlu cari alternatif lain. Bermula Oktober lalu, 400 bungkus nasi lemak RM1 terjual sehari dalam minggu pertama.

“Tak sangka permintaan semakin tinggi, walaupun margin keuntungan kecil, saya tetap puas hati kerana dalam tempoh tujuh jam atau kurang, mampu habiskan jualan,” katanya yang menggajikan 10 pekerja membantu menyediakan makanan untuk jualan.

“Bagi menjamin nasi lemak sentiasa dalam keadaan panas, saya memasak secara berperingkat dari jam 3 petang hingga malam. Permintaan boleh cecah 2,000 bungkus sehari, tapi namun untuk sediakan dalam jumlah itu amat meletihkan.

“Buat masa ini, saya hadkan sehingga 1,700 bungkus sahaja. Alhamdulillah, walaupun letih kerana perlu menyediakan nasi lemak dalam jumlah banyak, saya puas hati maklum balas pelanggan amat positif mengenai harga dan rasa makanan,” katanya yang menggunakan antara 80 hingga 10 kilogram beras.

“Saya juga jual hidangan barat pada harga RM5, selain mi kari dan laksa, juga dengan harga sama, tapi kuantiti bahan di dalamnya dperbanyakkan supaya orang puas makan,” katanya. – BH ONLINE

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close