GovernansMalaysiaPilihan Editor

‘Berbelanjalah Untuk Malaysia’ – Muhyiddin

Bagi memulih dan mengekalkan daya saing ekonomi pascapandemik COVID-19, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menyarankan rakyat supaya “berbelanjalah untuk Malaysia”.

Beliau berkata, pengguna perlu memastikan setiap perbelanjaan adalah lebih nilai untuk wang ke atas produk termasuk produk tempatan yang berkualiti.

Berucap melancarkan Kempen Beli Barangan Malaysia Tahun 2020 (KBBM) dan Program Jualan Mega di pusat beli-belah Suria KLCC di sini, beliau berkata, kerajaan menerusi PENJANA memperuntukkan RM20 juta untuk memastikan kempen itu dapat memberikan impak besar kepada sektor peruncitan tempatan.

Katanya, peruntukan itu dapat menggalakkan penandaan barangan buatan tempatan di rangkaian pasar raya dan mewujudkan saluran khusus untuk produk Malaysia di platform e-dagang utama.

“Menerusi kempen ini ia mempertingkatkan lagi keupayaan syarikat tempatan dalam memperkukuhkan aliran tunai dan daya saing,” katanya.

KBBM adalah usaha untuk memperkukuhkan perbelanjaan domestik dengan menggalakkan pengguna di negara ini membeli barangan dan perkhidmatan dari Malaysia.

Ia adalah kesinambungan kempen sama yang pernah dilancarkan pada 1984.

Yang turut hadir, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Alexander Nanta Linggi dan Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa.

Muhyiddin diiringi Nanta Linggi tiba pada Majlis Pelancaran Program Jualan Mega dan Kempen Beli Barangan Malaysia 2020 di Suria KLCC hari ini. - Foto BERNAMA
Muhyiddin diiringi Nanta Linggi tiba pada Majlis Pelancaran Program Jualan Mega dan Kempen Beli Barangan Malaysia 2020 di Suria KLCC hari ini. – Foto BERNAMA
Muhyiddin (depan tengah) bergambar kenangan bersama Nanta Linggi (depan kiri) dan Annuar (depan kanan) pada Majlis Pelancaran Program Jualan Mega dan Kempen Beli Barangan Malaysia Peringkat Kebangsaan 2020 di pusat beli-belah Suria KLCC hari ini. - Foto BERNAMA
Muhyiddin (depan tengah) bergambar kenangan bersama Nanta Linggi (depan kiri) dan Annuar (depan kanan) pada Majlis Pelancaran Program Jualan Mega dan Kempen Beli Barangan Malaysia Peringkat Kebangsaan 2020 di pusat beli-belah Suria KLCC hari ini. – Foto BERNAMA
Muhyiddin menerima buku cenderahati daripada Nanta Linggi (kiri) selepas merasmikan Program Jualan Mega dan Kempen Beli Barangan Malaysia Peringkat Kebangsaan 2020. - Foto BERNAMA
Muhyiddin menerima buku cenderahati daripada Nanta Linggi (kiri) selepas merasmikan Program Jualan Mega dan Kempen Beli Barangan Malaysia Peringkat Kebangsaan 2020. – Foto BERNAMA

Muhyiddin berkata, KBBM dilaksanakan melalui kerjasama strategik antara KPDNHEP serta sembilan kementerian lain termasuk Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dan Kementerian Pelancongan (MOTAC).

Katanya, pihak berkepentingan lain turut terbabit antaranya Persatuan Peruncit Malaysia (MRA); Persatuan Rantaian Peruncit Malaysia (MRCA); Persekutuan Pengeluar Malaysia (FMM) dan Persatuan Pengurusan Kompleks Malaysia (PPK).

“Sesi libat urus dengan penyedia pihak platform atas talian dan peruncit utama juga perlu dilaksanakan bagi membolehkan KBBM ini mendapat capaian yang menyeluruh dalam kalangan rakyat Malaysia,” katanya.

Beliau menegaskan kepentingan kempen itu tidak hanya terhad kepada sektor pembuatan tetapi membabitkan tawaran perkhidmatan seperti pelancongan, kesihatan dan logistik.

Walaupun sempadan negara masih lagi tidak dibenarkan dibuka, kerajaan yakin sepenuhnya pelancongan domestik akan menyumbangkan kepada fasa pemulihan ekonomi negara ini.

“Berdasarkan statistik pelancongan domestik 2019, seramai 239.1 juta pelawat domestik dengan perbelanjaan sebanyak RM103.2 bilion telah direkodkan, yang mana peningkatan masing-masing sebanyak 8.1 peratus dan 11.5 peratus berbanding 2018. -BERITA HARIAN

 

Muhyiddin membuat lawatan ke kedai selepas melancarkan Kempen Beli Barangan Malaysia Tahun 2020 (KBBM) dan Program Jualan Mega di Suria KLCC. - NSTP/Fathil Asri
Muhyiddin membuat lawatan ke kedai selepas melancarkan Kempen Beli Barangan Malaysia Tahun 2020 (KBBM) dan Program Jualan Mega di Suria KLCC. – NSTP/Fathil Asri
Muhyiddin menyapa karakter kartun ilham anak tempatan, Upin dan Ipin ketika membuat lawatan selepas melancarkan Program Jualan Mega dan Kempen Beli Barangan Malaysia Peringkat Kebangsaan di Suria KLCC hari ini. - Foto BERNAMA
Muhyiddin menyapa karakter kartun ilham anak tempatan, Upin dan Ipin ketika membuat lawatan selepas melancarkan Program Jualan Mega dan Kempen Beli Barangan Malaysia Peringkat Kebangsaan di Suria KLCC hari ini. – Foto BERNAMA
Muhyiddin melihat produk tempatan, Mangkuk Tingkat Tiffin buatan tangan ketika melawat ruang pameran selepas melancarkan Program Jualan Mega dan Kempen Beli Barangan Malaysia Peringkat Kebangsaan di Suria KLCC hari ini. - Foto BERNAMA
Muhyiddin melihat produk tempatan, Mangkuk Tingkat Tiffin buatan tangan ketika melawat ruang pameran selepas melancarkan Program Jualan Mega dan Kempen Beli Barangan Malaysia Peringkat Kebangsaan di Suria KLCC hari ini. – Foto BERNAMA
Muhyiddin (kiri) melihat pasu berukiran buatan Malaysia pada Majlis Pelancaran Pesta Jualan Mega dan Kempen Beli Barangan Buatan Malaysia Peringkat Kebangsaan di Petronas Suria KLCC hari ini. - Foto BERNAMA
Muhyiddin (kiri) melihat pasu berukiran buatan Malaysia pada Majlis Pelancaran Pesta Jualan Mega dan Kempen Beli Barangan Buatan Malaysia Peringkat Kebangsaan di Petronas Suria KLCC hari ini. – Foto BERNAMA

“Antara tujuan utama perjalanan pelawat domestik adalah beli-belah (35.4 peratus), percutian (9 peratus) dan hiburan (4 peratus),” katanya.

Justeru, Perdana Menteri menyarankan pengguna supaya terus berbelanja untuk Malaysia kerana setiap perbelanjaan mereka akan dapat membantu memastikan ekonomi negara kekal berdaya saing.

“Kita pastikan setiap perbelanjaan adalah lebih nilai untuk wang (value for money) ke atas produk termasuk produk tempatan yang berkualiti.

“Dengan berbelanja, kesan penggandaan dalam ekonomi akan dapat dipertingkatkan, mewujudkan peluang pekerjaan dan seterusnya menambahkan hasil pendapatan rakyat” katanya.

Perdana Menteri berharap kempen itu menjadi satu titik permulaan kepada usaha bersama di antara kerajaan, industri dan juga rakyat dalam memastikan kejayaan memulihkan ekonomi pasca wabak COVID-19 dapat diteruskan dengan kejayaan merancakkan semula ekonomi negara.

Muhyiddin berkata pandemik COVID-19 merupakan detik sukar dan mencabar buat negara, yang turut menyaksikan hampir semua negara mengambil langkah ‘berkurung’ dan terpaksa menutup sektor ekonomi masing-masing, satu fenomena dikenali sebagai “The Great Lockdown”.

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close