Kedai Runcit

‘Rumah Makanan Percuma’ Ringankan Beban Orang Ramai

Sepasang suami isteri di sini menyediakan makanan percuma kepada orang ramai bagi meringankan beban mereka yang terkesan akibat COVID-19.

Pasangan itu sanggup membuka kedai khas yang dinamakan ‘Rumah Makan Percuma’ untuk memberi makan tengah hari kepada sesiapa sahaja tanpa mengira bangsa dan agama dan status.

Jaffri Ahmad, 56, berkata dia merancang melakukan kerja amal itu bersama isterinya, Mazlina Makaruddin, 53, sejak sekian lama, namun tertangguh akibat sibuk dengan urusan perniagaan.

Katanya, hasrat mereka direalisasikan segera selepas melihat ramai terkesan selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.

“Idea sudah lama, sebab setiap kali kami pergi menunaikan umrah, masyarakat di sana berlumba-lumba memberi makan percuma, apabila COVID-19 melanda negara, ramai susah dan saya rasa ini masa paling sesuai melakukan kerja amal ini.

“Makanan ini disediakan untuk 200 orang dan mereka akan menerima kad nombor giliran bagi membolehkan mereka mengambil makanan,” katanya ketika ditemui selepas majlis pembukaan ‘Rumah Makan Percuma’ di Simpang Empat, hari ini.

JAFFRI (tengah) bersama Mazlina menunjukkan ‘Rumah Makan Percuma’ disediakan mereka.- Foto/Noorazura Abdul Rahman
JAFFRI (tengah) bersama Mazlina menunjukkan ‘Rumah Makan Percuma’ disediakan mereka.- Foto/Noorazura Abdul Rahman

Mazlina yang juga Pengarah Eksekutif Syarikat Ayam Bismi Sdn Bhd, berkata rumah makan percuma itu

beroperasi pada jam 12 tengah hari hingga 2 petang setiap Isnin hingga Sabtu.

Katanya, modal sebanyak RM30,000 dikeluarkan bagi

melakukan kerja amal berkenaan.

“Antara menu adalah nasi putih, ayam dan sayur pelbagai jenis masakan serta air. Jika ada sambutan kita tambah jumlahnya.

“Ada pihak mahu beri sumbangan kepada kami, tetapi buat masa ini nanti dahulu. Boleh hantar makanan seperti beras dan buah-buahan boleh hantar ke sini,” katanya ibu kepada empat anak ini. – BERITA HARIAN

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close