Dimensi Bisnes

Richiamo Coffee Meneroka Satu Dimensi Baharu Menerusi Kolaborasi De Xandra & Rico Rinaldi

Oleh wartawan BacalahMalaysia.my

Richiamo Coffee terus berinovasi di dalam kepelbagaian perniagaannya, kali ini meneroka satu dimensi baharu produk untuk tahun 2025 !

Yang dimaksudkan itu adalah produk pertamanya iaitu pewangi edisi khas menerusi kolaborasi dengan pengeluar pewangi kenderaan, De Xandra.

Produk keduanya adalah beg tangan ekslusif menerusi kerjasama dengan pereka fesyen dan dan pengeluar pakaian terkenal, Rico Rinaldi.

Kedua-dua kerjasama strategik di atas pelancaran dua produk bagi Richiamo Coffee diumumkan sempena Festival Franchise Antarabangsa Pernas (PIFF) baharu-baharu ini. Dua produk baharu ini dilancarkan oleh Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick.

Ketika ditemui Pengarah Urusan Kumpulan Richiamo, Datuk Muhammad Zamry Abu Samah, beliau yakin menerusi kerjasama strategik dengan dua jenama terkenal itu bakal membawa satu dimensi yang baharu kepada jenama Richiamo Coffee.

“Saya melihat ada potensi yang sangat besar.

“Kerjasama atau kolaborasi strategik ini bersama De Xandra dan Rico Rinaldi akan membawa pembaharuan kepada peminat kopi yang sentiasa mengikuti setiap perkembangan menu di Richiamo Coffee,” katanya.

Menerusi kerjasama erat ini, De Xandra akan mengeluarkan pewangi edisi khas untuk Richiamo Coffee dan hanya boleh didapati di semua cawangan Richiamo Coffee dan Richiamo Mart di seluruh negara.

Bagi Rico Rinaldi pula, ia bakal memperkenalkan beg tangan ekslusif dengan warna yang menarik bercirikan Malaysian White Coffee, Malaysian Teh Tarik, Cappuccino dan Rich Chocolate.

Muhammad Zamry berkata, menerusi produk terbaharu ini, pastinya pelanggan setia Richiamo Coffee akan dihidangkan dengan tarikan produk yang berkualiti, berbaloi dan ada kelas jenamanya tersendiri.

“Sudah tentu jangkaan dua jenama ini akan meningktkan pola pelanggan untuk memilikinya kelak dengan harga yang kompetitif,” katanya.

Ketika ini, Richiamo Coffee memiliki lebih 220 cawangan di seluruh negara.

Menerusi kerjasama strategik ini, Richiamo Coffee melahirkan keyakinan tinggi bersama De Xandra dan Rico Rinaldi bahawa produk masing-masing akan menembusi pasaran tempatan dan luar negara dengan lebih baik serta berdaya saing. – BACALAHMALAYSIA.MY

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close