MalaysiaPilihan Editor

Dua Presiden Parti Politik Terbesar Bertemu Di Parlimen Malaysia Dalam Suhu Politik Yang Menaik Tika Ini

Oleh wartawan BacalahMalaysia.my

 

Sahabat sejati bukanlah mereka yang memiliki banyak persamaan, tapi mereka yang memiliki pengertian terhadap setiap perbezaan !

Banyak perkara dapat dicapai apabila selalu berjumpa !

 

Ini adalah rumusan umum titik pertemuan antara Presiden UMNO yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bersama Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang di Parlimen Malaysia, pagi tadi.

Pemerhati politik menyifatkan pertemuan kedua-dua pemimpin parti politik terbesar di tanah air ini sangat signifikan dalam suhu politik yang menaik pada ketika ini, terutama menjelang persiapan jentera Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah dan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri Slim di Perak.

Difahamkan pertemuan dan perbincangan antara mereka berlangsung sekurang-kurangnya 20 minit.

Malahan dalam entri rasmi Twitter masing-masing menampakkan adanya bibit-bibit persetujuan dan perkara yang terarah positif, pastinya kata pemerhati politik, memperkukuhkan ikatan Muafakat Nasional (MN) dalam keadaan hal ehwal pembangunan politik semasa ini.

Seperti mana kata Ahmad Zahid, sahabat sejati bukanlah mereka yang memiliki banyak persamaan, tapi mereka yang memiliki pengertian terhadap setiap perbezaan.

“Muafakat Nasional adalah muafakat untuk semua,” kata Presiden UMNO dalam Twitternya.

Sementara itu, Abdul Hadi turut menyifatkan banyak perkara dapat dicapai apabila selalu berjumpa. – BACALAHMALAYSIA.MY

 

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close