Dimensi Bisnes

Rizab Antarabangsa BNM AS$102.8 Bilion

Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah AS$102.8 bilion pada 15 Jun 2020 berbanding AS$102.9 bilion pada 29 Mei 2020.

BNM berkata, paras rizab ini memadai untuk membiayai 8.2 bulan import tertangguh dan 1.1 kali jumlah hutang luar negeri jangka pendek.

Bank pusat berkata, komponen utama rizab antarabangsa pada 15 Jun 2020 terdiri daripada rizab mata wang asing (AS$102.8 bilion), kedudukan rizab Tabung Kewangan Antarabangsa (AS$1.2 bilion), Hak Pengeluaran Khas atau SDR (AS$1.1 bilion), emas (AS$2.0 bilion), dan lain-lain aset rizab (AS$3.2 bilion).

Katanya, aset termasuk emas, pertukaran mata wang asing dan rizab lain, termasuk SDR, yang berjumlah RM444.90 bilion, kertas kerajaan Malaysia (RM10.47 bilion), deposit dengan institusi kewangan (RM2.72 bilion), pinjaman dan pendahuluan (RM11.95 bilion), tanah dan bangunan (RM4.16 bilion), dan aset lain (RM10.08 bilion).

Modal dan liabiliti terdiri daripada modal berbayar (RM100 juta), rizab (RM166.45 bilion), mata wang dalam edaran (RM124.74 bilion), deposit oleh institusi kewangan (RM146.63 bilion), deposit Kerajaan Persekutuan (RM12.52 bilion), deposit lain (RM11.99 bilion), kertas Bank Negara (RM11.16 bilion), peruntukan SDR (RM7.87 bilion), dan liabiliti lain (RM2.80 bilion). -BERNAMA

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close