Duniaku Teknokrat

Sapura Energy Hentikan 20 Peratus Pekerja Sepenuh Masa

Sapura Energy Bhd akan mengurangkan kira-kira 20 peratus daripada 4,000 pekerja sepenuh masanya di serata dunia yang terdiri daripada 63 peratus berstatus kontrak manakala baki adalah petugas tetap.

Syarikat itu menggaji lebih 10,000 pekerja.

“Adalah wajar untuk menetapkan saiz organisasi yang bertepatan mengikut strategi perniagaan yang lebih fokus, jangkaan serta mengurus kitaran semula jadi industri minyak dan gas.

“Kami sudah mencuba sedaya upaya untuk menangguhkan keputusan ini, namun ia tidak dapat dielakkan pada saat ini,” demikian menurut e-mel daripada Ketua Pegawai Eksekutifnya, Tan Sri Shahril Shamsuddin.

E-mel edaran dalaman yang dihantar pada lewat petang ini turut dikongsi oleh pihak Komunikasi Korporat Sapura Energy dengan media.

Pada akhir April lalu, Sapura Energy mengumumkan langkah potongan gaji yang membabitkan satu pertiga daripada tenaga kerjanya.

Ini membabitkan potongan gaji sebanyak 50 peratus bagi barisan pimpinannya manakala mereka yang menerima gaji kurang RM10,000 telah dikecualikan.

Langkah berkenaan telah membantu Sapura Energy dari segi mengurangkan kos pekerja sebanyak kira-kira 7.5 peratus.

Selain itu, Sapura Energy turut memperuntukkan tambahan RM1 juta bagi membantu mereka yang terjejas untuk beralih kepada kerjaya seterusnya.

Ini termasuk lanjutan perlindungan perubatan bagi tempoh tiga bulan berikutnya, membantu aspek penjenamaan diri, keterangan atau maklumat diri, kemahiran bagi sesi temu duga, jaringan dan petunjuk kerja bagi melonjakkan peluang karier baharu. -BERNAMA

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close