Dimensi BisnesPilihan Editor

Meta Lancar Threads Secara Rasmi, Lawan Twitter

Facebook Meta secara rasmi melancarkan Threads, saingan langsung kepada Twitter, dengan lebih daripada lima juta pendaftaran dalam beberapa jam pertama, Rabu lalu. Namun pengeluarannya di Eropah telah ditangguhkan kerana kebimbangan privasi data.

Threads merupakan pencabar terbesar kepada Twitter milik Elon Musk, yang telah menyaksikan beberapa siri pesaing berpotensi muncul, namun belum lagi mampu menggantikan salah satu syarikat media sosial yang paling ikonik itu.

Walaupun menghadapi persaingan yang sengit, aplikasi itu disiarkan secara langsung di kedai aplikasi Apple dan Android di 100 negara.

Akaun milik selebriti seperti Jennifer Lopez, Shakira dan Hugh Jackman, serta saluran media termasuk The Washington Post, Reuters dan The Economist telah diaktifkan.

Threads diperkenalkan sebagai ‘spin-off’ di Instagram, yang menawarkan lebih daripada dua bilion pengguna, sekali gus menyelamatkan platform baharu itu daripada cabaran untuk bermula dari bawah. – BH ONLINE

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close