Duniaku TeknokratPilihan Editor

Muafakat Misi Bantuan Banjir Dalam Kesukarelawanan UDA Bertepatan Aspirasi Keluarga Malaysia – Kata Pengerusi UDA

Oleh wartawan BacalahMalaysia.my

“Muafakat yang dipamerkan dalam program misi bantuan banjir UDA Holdings Berhad baharu-baharu ini adalah bertepatan dengan aspirasi Keluarga Malaysia,” kata Pengerusinya, Datuk Norliza Abdul Rahim.

Beliau juga menyifatkan tema Keluarga Malaysia ini boleh diterjemahkan dalam tugas harian agar kita semua dapat menikmati kejayaan bersama dan seterusnya Bersama Meneruskan Legasi UDA.

Norliza dalam ucapan di majlis penghargaan sukarelawan UDA menghargai keterlibatan seramai kira-kira 70 orang terdiri daripada Badan Kebajikan Kakitangan UDA (BKKU), Badan Didikan Islam UDA (BADIM) serta Bahagian Komunikasi Korporat Kumpulan UDA.

“Terima kasih dan syabas dari saya sendiri serta Lembaga Pengarah dan Pengurusan UDA kerana kesungguhan sukarelawan UDA yang telah menyumbang tenaga bergotong-royong membersihkan kawasan kediaman, perabot serta kenderaan yang terjejas berikutan banjir baharu-baharu ini.

“Malahan ada sebahagian kakitangan kumpulan UDA turut terkesan dengan musibah banjir yang telah mengakibatkan kemusnahan kediaman serta harta benda sehingga memberi kesan mendalam kepada mereka,” katanya.

Norliza turut berharap sumbangan untuk Tabung Bantuan Banjir 2021 selain menerusi BKKU, BADIM dan Tabung Bersamamu UDA membantu sebaik yang mungkin.

“Moga menerusi bantuan ini dapat meringankan bebanan serta membantu mereka bangkit semula daripada kedukaan setelah ditimpa musibah banjir,” kata beliau lagi.

Hadir sama di majlis ini ialah Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif UDA, Sr Mohd Salem Kailany, Yang Dipertua BKKU, Mohd Nazri Jamiran, Yang Dipertua BADIM, Mohd Isa Ali, Naib Presiden Kanan Bahagian Modal Insan Kumpulan UDA, Reza Huzairi dan Naib Presiden Bahagian Komunikasi Korporat Kumpulan UDA, Radziah Mohamed Fadzil. – BACALAHMALAYSIA.MY

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close