Ekonomi Islam & GlobalPilihan Editor

Industri Kewangan Islam Bantu Mereka Yang Memerlukan – Sultan Nazrin

Lebih banyak usaha perlu dilakukan untuk memanfaatkan potensi industri kewangan Islam, khususnya dalam membantu mereka yang berada dalam kemiskinan dan krisis.

Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizuddin Shah, bertitah ketika industri kewangan Islam dijangka melebihi nilai US$3.5 trilion (RM16.4 trilion) menjelang akhir tahun ini, 35 peratus daripada dua bilion penduduk dunia yang berdepan kemiskinan ialah Muslim, meskipun umat Islam hanya membentuk 22 peratus daripada penduduk global.

“Kita masih belum menyedari potensi kemanusiaan sepenuhnya dalam kewangan sosial Islam. Kemiskinan tertumpu secara tidak seimbang di negara majoriti Islam, dengan 21 peratus penduduk OIC (Pertubuhan Kerjasama Islam) hidup di bawah paras kemiskinan, mendorong orang ramai ke dalam kancah krisis, hidup tanpa makanan, tempat tinggal, penjagaan perubatan dan infrastruktur yang mencukupi.

“Sudah tentu beta percaya kewangan sosial Islam harus disasarkan untuk membantu mereka yang memerlukan tanpa mengira agama. Tetapi apabila mekanisme ini wujud, dan industri kewangan Islam global secara keseluruhannya berkembang pesat, namun bilangan umat Islam yang tidak seimbang di seluruh dunia terus menderita dalam kemiskinan, lebih banyak usaha perlu dilakukan untuk memanfaatkan potensi kewangan Islam,” titah baginda yang juga Penaung Diraja MERCY Malaysia

“Beta percaya kita memerlukan lebih banyak mobilisasi kewangan Islam berskala besar ini, digabungkan dengan inovasi teknologi yang meningkatkan kutipan dan penyasarkan dana seperti mengeluarkan zakat setiap hari.

“Platform seperti Ethis (pembiayaan ramai ekuiti pematuhan syariah Malaysia), (Yayasan) Hasanah dan Program Angkat Masjid Islam Maybank ialah contoh hebat penyelesaian ‘fintech’ yang telah berperanan, dan saya ingin melihat lebih banyak perkara ini pada masa hadapan,” titah Sultan Nazrin.

Dalam ucapannya, baginda turut menekankan isu perubahan iklim, memetik laporan Agensi Pelarian PBB (UNHCR) perubahan iklim semakin dikaitkan dengan konflik dan perpindahan manusia.

“Isu alam sekitar punca yang semakin serius menyumbang kepada penderitaan kemanusiaan, dan kita semua bertanggungjawab untuk menangani masalah ini, kerana kita sendiri mempunyai kuasa secara sedar untuk menentukan nasib sama ada menjadi lebih baik atau lebih buruk.

“Meningkatkan daya tahan iklim memerlukan beberapa campur tangan saintifik berskala besar. Contohnya, sistem amaran awal yang lebih baik untuk menghadapi bencana, selain diplomasi kemanusiaan termasuk usaha diplomatik peringkat tinggi untuk mengurangkan pelepasan karbon di seluruh dunia,” titah Sultan Nazrin. – BERNAMA

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close