Ekonomi Islam & GlobalGovernansPilihan Editor

Sesi Meja Bulat Perkongsian Ekonomi Perkukuh Hubungan Dagangan Malaysia-Itali – PM Anwar

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Luar Itali, Antonio Tajani hari ini mempengerusikan sesi Meja Bulat Perkongsian Ekonomi Malaysia-Itali yang disertai lebih 100 syarikat dari kedua-dua negara.

Sesi berlangsung di Rom, Itali itu melibatkan penyertaan syarikat daripada pelbagai sektor termasuk pembuatan, perkhidmatan, perdagangan, serta agensi dan pertubuhan industri.

Anwar menerusi hantaran di platform X beliau berkata sesi meja bulat mencerminkan iltizam bersama dalam memperkukuh hubungan dagang serta memperluas peluang pelaburan strategik antara kedua-dua negara.

Beliau berkata, Malaysia kekal komited terhadap prinsip perdagangan bebas dan terbuka sebagai teras kepada pertumbuhan ekonomi yang inklusif, mampan dan berdaya tahan.

Menurut Anwar, sesi tersebut turut memperkukuh keyakinan pemain industri Itali terhadap dasar keterbukaan, kecekapan tadbir urus serta daya saing ekonomi Malaysia.
Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa sesi Meja Bulat Pakatan Ekonomi Malaysia-Itali di Rom, Itali - PMO
Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa sesi Meja Bulat Pakatan Ekonomi Malaysia-Itali di Rom, Itali – PMO

 

Perdana Menteri berkata, penyertaan aktif syarikat terkemuka dari kedua-dua negara menyerlahkan potensi besar dalam memperluas kerjasama dua hala yang lebih berimpak tinggi, berpaksikan nilai tambah, inovasi dan kepentingan bersama.

“Ia membuka prospek luas dalam sektor strategik seperti tenaga boleh baharu, teknologi pemerangkapan dan penyimpanan karbon, pertahanan, ekonomi digital, aeroangkasa dan industri berteknologi tinggi, bidang utama yang menjadi tonggak kepada agenda reformasi ekonomi negara,” katanya. – BERNAMA

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close