Dimensi BisnesPilihan Editor

AEON Malaysia Raih Untung Bersih Lebih Tinggi

AEON Co (M) Bhd (AEON Malaysia) mencatatkan keuntungan bersih lebih tinggi RM22 juta bagi suku pertama tahun kewangan 2021 berbanding RM7.5 juta pada suku sama 2020, peningkatan sebanyak 194 peratus.

Ia berikutan pendekatan tangkas, keusahawanan dan ‘genba’ yang diambil syarikat sebagai tindak balas kepada pandemik COVID-19, sekali gus menghasilkan peningkatan dari segi margin barang dagangan kasar, perubahan kepada mekanik pemasaran serta struktur pengurusan kos yang mampan.

Keuntungan daripada operasi dan keuntungan sebelum cukai juga masing-masing meningkat kepada RM72.7 juta dan RM41.8 juta berbanding tahun sebelumnya.

Keselamatan pengguna adalah sentiasa menjadi keutamaan syarikat.

Bagi mengekalkan penjarakan fizikal, had akses dilaksanakan di gedung-gedung AEON di seluruh negara semasa pandemik, antaranya mengehadkan jumlah pelanggan antara 150 hingga 300 orang pada satu-satu masa, bergantung kepada ruang premis.

Pengurangan pelanggan turut menurunkan jumlah pendapatan bagi tempoh dikaji yang mencecah RM1.013 bilion, 15 peratus lebih rendah berbanding suku sama tahun lalu sebanyak RM1.191 bilion.

“Ia benar-benar mencerminkan elemen kepantasan, skala dan sinergi untuk berkhidmat kepada negara,” katanya dalam satu kenyataan. – BH ONLINE

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close