MalaysiaPilihan Editor

SKMM, PDRM Komited Banteras Jenayah Eksplotasi Seksual Kanak-kanak

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menegaskan komitmen bersama untuk membanteras jenayah eksploitasi seksual kanak-kanak dalam talian menerusi penguatkuasaan berterusan dan pendidikan kesedaran masyarakat.

SKMM dan PDRM dalam kenyataan bersama hari ini memaklumkan, sebanyak 1,501 kandungan jelik membabitkan kanak-kanak dikenal pasti setakat 15 Jun lalu, dengan 94 peratus daripadanya berjaya diturunkan hasil kerjasama dengan penyedia platform digital dan aduan awam.

“Menerusi operasi khas seperti ‘Op Pedo’ pada Disember 2024, seramai 13 individu ditahan dan lebih 40,000 bahan eksploitasi seksual kanak-kanak (CSAM) dirampas dari beberapa negeri,” menurut kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu, penyebaran, penyimpanan atau pengkomersialan kandungan eksploitasi seksual kanak-kanak adalah kesalahan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) yang memperuntukkan hukuman denda hingga RM1 juta, penjara lima tahun atau kedua-duanya.

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close