GovernansMalaysiaPilihan Editor

SC Tambah 59 Nama Baharu Dalam Senarai Amaran Pelabur, Usaha Banteras Aktiviti ‘Scam’

Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) menambah sebanyak 59 nama baharu ke dalam Senarai Amaran Pelabur bagi suku pertama tahun ini sebagai sebahagian daripada usaha berterusan membanteras aktiviti penipuan pelaburan yang semakin berleluasa.

Pengerusi SC, Datuk Mohammad Faiz Azmi berkata langkah ini dilaksanakan selari dengan tindakan menyekat laman sesawang dan halaman media sosial yang dikenal pasti bersifat penipuan.

“Pada 2024, kami telah menyenarai sebanyak 273 nama dan bagi suku pertama, sebanyak 59 nama lagi ditambah,” katanya semasa merasmikan program Bersama InvestSmart@Pahang 2025 hari ini.

Program dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Pembangunan Perindustrian, Sains, Teknologi dan Inovasi Negeri Pahang, Datuk Mohamad Nizar Mohamad Najib.

Mohammad Faiz berkata, SC turut bekerjasama rapat dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) bagi menyekat laman sesawang dan akaun media sosial yang bersifat memperdaya.

Setakat Mei 2025, SC telah menerima sebanyak 1,218 aduan dan pertanyaan berkaitan penipuan pelaburan.

Mohammad Faiz turut mengingatkan orang awam agar berwaspada terhadap penipuan pelaburan yang mempergunakan nama patuh Syariah untuk meraih kepercayaan, dengan memanipulasi sentimen keagamaan.

Bertemakan ‘Bijak Labur, Hidup Makmur’, program yang berlangsung selama tiga hari bermula hari ini itu, menghimpunkan wakil kerajaan, pemain industri pasaran modal dan pengawal selia sebagai sebahagian daripada inisiatif libat urus pelabur oleh SC. – BERNAMA

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close