MalaysiaPilihan Editor

SYED MUHAMMAD NAQUIB AL-ATTAS DIKURNIAKAN ‘PROFESOR DIRAJA’ OLEH AGONG

KDYMM SPB Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan berangkat menyempurnakan majlis pengurniaan watikah pelantikan Profesor Diraja kepada Tan Sri Prof Dr Syed Muhammad Naquib Al-Attas di Istana Negara, hari ini (23 Oktober).

Hadir sama, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri; YB Dato’ Seri Dr Zambry Abd Kadir, Menteri Pendidikan Tinggi; Dato’ Seri Dr Zaini Ujang, Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Tinggi dan Datuk Profesor Dr Azlinda Azman, Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi.

Pelantikan Profesor Diraja kepada Tan Sri Prof Dr Syed Muhammad Naquib Al-Attas adalah atas perkenan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja.

Profesor Diraja Tan Sri Dr Syed Muhammad Naquib Al-Attas merupakan Pengasas Institut Pemikiran dan Tamadun Islam (ISTAC) dan juga seorang tokoh pemikir peradaban Islam kontemporari yang amat disegani serta dihormati di dalam dan luar negara.

Beliau juga merupakan individu penting yang membentangkan konseptualisasi universiti Islam pada Persidangan Pertama Pendidikan Muslim Sedunia di Universiti King Abdul Aziz, Mekah pada tahun 1977 yang telah membawa kepada penubuhan beberapa universiti Islam di seluruh dunia termasuklah di Malaysia.

Sementara itu, Profesor Diraja Tan Sri Dr Syed Muhammad Naquib Al-Attas turut menzahirkan rasa syukur dan menjunjung kasih kepada Sultan Ibrahim di atas kurniaan kepada beliau. – BACALAHMALAYSIA.MY/FB SULTAN IBRAHIM SULTAN ISKANDAR

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close