Kedai RuncitPilihan Editor

Berjaya Food Kembali Catat Untung

Berjaya Food Bhd kembali meraih keuntungan apabila mencatatkan untung bersih sebanyak RM47.36 juta dalam tahun kewangan berakhir 30 Jun 2021 berbanding kerugian bersih RM19.58 juta pada tahun kewangan 2020.

Berjaya Food dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini berkata, pendapatan yang lebih baik itu adalah sejajar dengan hasil tinggi yang dicatatkan dalam tahun kewangan semasa ditambah dengan kos operasi rendah berikutan pengurusan kos yang efektif untuk mengurangkan impak daripada pandemik COVID-19.

Hasil pada tahun kewangan 2021 meningkat kepada RM717.27 juta daripada RM632.94 juta sebelumnya susulan kelonggaran secara berperingkat langkah-langkah kawalan pergerakan sejak suku pertama berakhir 30 September 2020 yang membawa kepada pertumbuhan tinggi jualan kedai yang sama kumpulan.

“Sementara itu, syarikat juga mengisytiharkan dividen interim keempat sebanyak satu sen sesaham yang dibayar pada 23 September 2021.

Bagi suku keempat tahun kewangan 2021, Berjaya Food juga menyaksikan pendapatannya kembali positif dengan keuntungan bersih sebanyak RM14.27 juta berbanding kerugian bersih RM30.16 juta dalam suku yang sama tahun lalu dengan hasil meningkat kepada RM180.72 juta daripada RM111.57 juta sebelumnya.

Mengenai prospek masa depan, Berjaya Food berkata pengarah berpandangan persekitaran operasi kumpulan kekal mencabar dalam tahun kewangan akan datang disebabkan peningkatan bilangan kes COVID-19 di Malaysia dan ketidaktentuan ekonomi yang disebabkan oleh pandemik yang berlarutan. -BERNAMA

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close