MalaysiaPilihan Editor

Tahniah, Presiden Wanita Pertama MIA Dilantik Profesor Adjung FPE UPSI

Oleh Bazli Razak

Presiden wanita pertama Malaysian Institute of Accountants (MIA), Saniza Said, dilantik sebagai Profesor Adjung di Fakulti Pengurusan dan Ekonomi (FPE), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) pada 6 Mac 2026 lalu.

Delegasi FPE UPSI bergambar kenangan bersama Saniza Said (tengah) ketika mengadakan kunjungan hormat di firma audit Saniza & Co Seberang Jaya.

Surat pelantikan itu disampaikan oleh Dekan Fakulti Pengurusan dan Ekonomi, Prof Madya Dr. Mohd Asri Mohd Noor kepada Saniza dalam satu kunjungan hormat delegasi FPE UPSI ke firma audit Saniza & Co di Seberang Jaya di sini.

Menurut Mohd Asri, pelantikan Saniza sebagai Profesor Adjung mengambil kira kepakaran profesional, kepimpinan di peringkat nasional serta pengalaman luas beliau dalam industri perakaunan.

“Beliau yang juga Presiden MIA ke-16 mempunyai lebih 26 tahun pengalaman dalam bidang audit, percukaian, tadbir urus serta pembangunan perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

Saniza Said ketika menandatangani dokumen persetujuan pelantikan sambil disaksikan oleh Dr. Mohd Asri

“Saniza merupakan Akauntan Bertauliah MIA serta ahli Malaysian Institute of Certified Public Accountants (MICPA), Persatuan Akauntan Cukai Malaysia (MATA), Association of Malay Chartered Accountant Firms (AMCAF) dan Persatuan Setiausaha Bumiputera Utara (SUTERA).

“Selain itu, beliau turut diiktiraf sebagai ASEAN Chartered Professional Accountant (ASEAN CPA).

Tambah Mohd Asri, pelantikan itu dijangka memperkukuh hubungan strategik antara FPE UPSI dan Saniza & Co, khususnya dalam menyokong aktiviti pengajaran, penyelidikan serta pembangunan akademik.

“Pengalaman dan pengetahuan praktikal yang dimiliki Saniza berpotensi dimanfaatkan dalam pembangunan kurikulum, perkongsian kepakaran industri serta penyediaan peluang latihan industri kepada pelajar, sekali gus menyumbang kepada usaha melahirkan graduan yang lebih kompeten dan memenuhi keperluan pasaran kerja,” ujar beliau

Dalam kunjungan berkenaan, satu sesi perbincangan turut diadakan bagi mengenal pasti potensi kolaborasi strategik antara kedua-dua pihak.

Dr. Mohd Asri ketika menyerahkan surat pelantikan Profesor Adjung UPSI kepada Saniza Said ketika mengadakan kunjungan hormat di firma audit Saniza & Co Seberang Jaya.

Turut mengiringi kunjungan hormat itu ialah Ketua Jabatan Perakaunan dan Kewangan FPE UPSI, Prof Madya Dr. Mohd Faizal Basri, bersama pensyarah jabatan berkenaan iaitu Prof Madya Dr. Hazianti Abdul Halim dan Dr. Mohamad Hafiz Rosli. – BACALAHMALAYSIA.MY/UPSI

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close