Kedai RuncitPilihan Editor

Tekad Untuk Berubah, Itulah Pegangan Pengedar dan Usahawan “Start-Up” Young Living, Zakiah Hanim

Oleh wartawan BacalahMalaysia.my

 

Mula-mula untuk kegunaan sendiri !

Yang penting ikhtiar terlebih dahulu kerana percaya – wangi-wangian itu dapat dijadikan asas kecantikan kerohanian !

Usaha awal itu digagahkan jua terutama dalam menyembuh penyakit sama ada secara fizikal mahupun mental !

“Pada asalnya saya menggunakan Essential Oils bagi merawat sakit di bahagian perut dan kepala, sambil sukakan bau wangi-wangian dari sumber semulajadi ini.

“Lama-kelamaan apabila menggunakannya (essential oils), masalah yang saya hadapi sangat berkurangan.

“Sesuatu yang menakjubkan kerana ia sangat membantu saya dalam kehidupan harian menerusi penggunaan secara semulajadi,” kata Zakiah Hanim, seorang usahawan “Start-Up” Young Living dari Lembah Klang ini.

Kembali kepada alam, itulah pusingan kehidupan manusia.

Fikrahnya, alam semulajadi itu terus dilihat sebagai sumber inspirasi bagi mengekalkan dan meneruskan kelangsungan kehidupan yang lebih bermakna.

Itulah pandangan awal ibu muda berusia 37 tahun ini yang akhirnya terbit untuk membantu insan lain yang terganggu akibat dari segi kesihatan fizikal dan emosi menerusi perniagaan Essential Oils Young Living ini.

Pada asalnya kurang berminat, tetapi sokongan kuat rakan niaga di sekeliling telah menambahkan semangat dan kekuatan Zakiah yang pada asalnya agak “skeptikal” tetapi selepas melihat “compensation plan” produk ini, ia ada hala tujunya.

“Saya melihat produk ini sangat berkualiti dan permulaan perniagaan ini sangat mudah – hanya menjadi ahli dan kemudian diberikan latihan dan sokongan pelan perniagaan termasuk memahami akan kepenggunaan produk-produk ini serta berkongsi pengalaman dengan rakan pelanggan.

“Alhamdulillah, permintaan sangat menggalakkan walaupun pada waktu pandemik COVID-19 ini,” katanya di sini.

Zakiah juga berpegangkan kepada prinsip belajar daripada orang yang berjaya.

“Kita rasa kita dah berjaya, tetapi tidak… kerana ada orang lain yang lebih berjaya. Malahan mereka bangkit selepas jatuh merudum kehidupan mereka – ada yang kehilangan pekerjaan, masalah kesihatan yang teruk serta permasalahan kekeluargaan.

“Ini yang menguatkan semangat saya dalam dunia perniagaan berasaskan kesihatan yang bukan setakat membantu tetapi menyelesaikan perkara yang dihadapi mereka (pelanggan),” ujar beliau yang melihat perniagaan Young Living adalah perniagaan masa depan.

Kata Zakiah, syarikat Young Living ini sudah beroperasi lebih 20 tahun dan merupakan syarikat terbesar dan pertama di dunia yang membekalkan dan menjalankan perniagaan minyak pati aromatik ini.

“Syarikat ini mempunyai ladang dan kilang pengekstrakan sendiri di 11 buah negara di dunia dan kita perlu belajar daripada orang yang sangat berjaya.

“Kalau mereka boleh berjaya, mengapa tidak kita untuk jauh lebih berjaya,” kata Zakiah yang tidak menafikan perniagaan yang diusahakan sekarang ini telah membantu meningkatkan pendapatan diri sendiri serta keluarga secara keseluruhannya.

Beliau pada awalnya sekadar suka-suka menggunakan Essential Oils sekitar 2018 telah memulakan perniagaan pada 2020 iaitu tika permulaan pandemik COVID-19.

“Saya tidak akan patah balik kerana saya punya prinsip – terus ke hadapan (moving forward) dan apa yang usahakan sekarang menerusi produk Essential Oils, menurutnya lagi.

Essential Oils adalah pati minyak aromatik yang diekstrak untuk mendapatkan minyaknya melalui proses penyulingan berwap (steam distillation) atau perahan sejuk (cold pressed).

Minyak pati aromatik ini asalnya dari tumbuhan semulajadi melalui pelbagai sumber seperti bunga, pokok, semak, akar dan rimbunan tumbuh-tumbuhan.

Ayuh, jangan tunggu lama-lama, mereka yang inginkan sesuatu yang menakjubkan bagi membantu mempertingkatkan tahap kesihatan dan emosi yang lebih baik serta memulakan perniagaan sendiri menerusi Young Living, boleh singgah sebentar di Instagram @cheqzaa atau Facebook zakiahanim z.a atau terus menghubungi 012-3237099 untuk maklumat lanjutan. – BACALAHMALAYSIA.MY

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close