Kedai RuncitPilihan Editor

Raih Pendapatan Lumayan Jual 15 Variasi Pisang Goreng

Peniaga pisang goreng keju, tiga sekawan Nik Muhammad Asyran Nik Mazri (kiri), Muhammad Haiqal Hakimi Yusri dan Shaidil Haq Ahamad Pakhrurazi (kanan), masing-masing berusia 22 tahun, menunjukkan aneka "Pishang King Cheese" yang dijual mereka ketika ditemui Bernama di gerai Pishang King di Jalan Pengkalan Nangka, Pengkalan Chepa, baru-baru ini.
Mewakili trio itu, Shaidil Haq berkata idea untuk berniaga pisang goreng berperisa itu timbul apabila beliau ingin mengisi masa terluang selain mencari ‘duit poket’ bagi menampung yuran pengajian di univerisiti. - Foto BENAMA

Peniaga pisang goreng keju, tiga sekawan Nik Muhammad Asyran Nik Mazri (kiri), Muhammad Haiqal Hakimi Yusri dan Shaidil Haq Ahamad Pakhrurazi (kanan), masing-masing berusia 22 tahun, menunjukkan aneka “Pishang King Cheese” yang dijual mereka ketika ditemui Bernama di gerai Pishang King di Jalan Pengkalan Nangka, Pengkalan Chepa, baru-baru ini.
Mewakili trio itu, Shaidil Haq berkata idea untuk berniaga pisang goreng berperisa itu timbul apabila beliau ingin mengisi masa terluang selain mencari ‘duit poket’ bagi menampung yuran pengajian di univerisiti. – Foto BENAMA

Tiga sahabat, yang juga penuntut Universiti Teknologi MARA (UiTM) meraih pendapatan lumayan dengan menjual 15 variasi pisang goreng.

Menawarkan pelbagai pilihan perisa, antaranya coklat, strawberi, coklat putih, tiramisu, teh hijau, karamel dan ‘butterscotch’ serta nuttella, mereka menjual kira-kira 50 kilogram (kg) pisang goreng setiap hari dan mampu meraih hasil jualan mencecah RM1,500 sehari.

Wakil trio itu, Shaidil Haq Ahamad Pakhrurazi, 22, berkata idea untuk berniaga pisang goreng berperisa itu timbul apabila beliau ingin mengisi masa terluang selain mencari duit poket untuk menampung yuran pengajian di universiti.

Beliau enggan terikat dengan sebarang pinjaman untuk menampung yuran pengajian, lantas menjalankan eksperimen pada pertengahan tahun lalu bagi mengetahui menu yang berpotensi tinggi selain mampu memikat hati penduduk di negeri itu.

“Saya mula membuat beberapa eksperimen, selain turut merujuk beberapa video untuk mengetahui makanan yang sering menjadi pilihan orang ramai dan tidak lapuk ditelan zaman terutamanya di negeri ini.

“Kami membuat ‘testing’ kepada rakan terdekat serta keluarga untuk mendapatkan maklum balas daripada mereka. Rata-rata mereka sangat berpuas hati, sekali gus membuatkan kami bertekad untuk berniaga.

“Bermula pada Ogos tahun lalu, kami memulakan perniagaan dengan menyewa tapak gerai jualan di Dataran Mara, Kota Bharu. Namun, perniagaan kami ketika itu hanya mampu bertahan sekitar lima bulan dan terpaksa ditutup disebabkan beberapa kekangan.

“Kami kemudiannya meneruskan perniagaan menerusi kaedah pembayaran tunai ketika serahan (COD) sebelum memutuskan untuk membuka kembali gerai di Jalan Pengkalan Nangka, Pengkalan Chepa, di sini pada Februari lalu,” katanya.

Bukan mudah untuk belajar dan berniaga pada masa yang sama, namun mereka bertiga belajar membahagikan masa dengan baik.

Katanya, hampir setiap hari, mereka mendapatkan bekalan 50 kilogram (kg) pisang

dan menawarkan 15 perisa untuk pelanggan.

“Setiap bekas pisang goreng dijual bermula pada harga RM5 dan mampu mencecah sehingga RM20 bergantung pada pilihan ‘topping’ dan juga bilangan pisang iaitu antara lapan dan 16 biji,” katanya yang berniaga bermula jam 2.30 petang hingga 7 malam hampir setiap hari kecuali Jumaat.

Tiga pemuda yang sudah bersahabat sejak 14 tahun lalu itu merancang untuk mempelbagaikan lagi perisa dan berhasrat membuka gerai di daerah lain pada masa akan datang. – BERNAMA

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close