Ekonomi Islam & GlobalPilihan Editor

Malaysia Pengeksport Minyak Mentah Ketiga Terbesar Ke China

China merekodkan import minyak mentah ketiga terbesar dari Malaysia bulan lalu, mengatasi ahli Pertubuhan Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) utama seperti Iraq dan Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Menurut data daripada Pentadbiran Am Kastam, kira-kira 5.52 juta tan minyak mentah di import dari Malaysia pada Disember lalu, walaupun ia bukan antara negara pengeluar utama minyak mentah.

Jumlah itu bersamaan dengan 1.3 juta tong sehari atau hampir tiga kali ganda purata pengeluaran minyak mentah harian di Malaysia sepanjang sembilan bulan pertama 2022.

Ini kerana perairan laut di sekitar Malaysia sudah lama menjadi hab pemindahan petroleum mentah dan produk berasaskan petroleum dari satu kapal tangki ke kapal tangki lain.

Sebahagian besar proses pemindahan minyak dari kapal ke kapal itu berlaku di pelabuhan luar pesisir, Nipa, berhampiran pulau Batam, Indonesia berikutan kedudukannya yang hampir dengan Singapura dan pelabuhan Tanjung Pelepas di Johor.

Fungsi utama Pelabuhan Nipa ialah sebagai pusat simpanan terapung dan operasi pemindahan dari kapal ke kapal, biasanya digunakan syarikat mendagangkan minyak yang dikenakan sekatan dari Venezuela dan Iran.

Justeru, kegiatan itu membolehkan Malaysia menjadi ‘pembekal’ ketiga terbesar minyak mentah kepada China bulan lalu, diekori Arab Saudi dan Russia.

Penghantaran dari Iraq berjumlah 5.06 juta tan, manakala aliran dari UAE adalah 4.95 juta tan, berbanding kira-kira 5.52 juta tan dari Malaysia.

Secara keseluruhan, China ‘mengimport’ 35.7 juta tan minyak mentah dari Malaysia tahun lalu, menjadikan negara Asia Tenggara itu pembekal keenam terbesar, mendahului Brazil dan anggota OPEC, Kuwait serta Angola. – AGENSI

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close