GovernansPilihan Editor

Tiada Perbincangan Naikkan Had Umur Pengeluaran – KWSP

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) tiada perancangan untuk menaikkan had umur bagi membuat pengeluaran penuh simpanan daripada umur 55 kepada 65 tahun, seperti dicadangkan Bank Dunia.

Dalam satu kenyataan, KWSP memaklumkan tiada perbincangan mengenai cadangan Bank Dunia itu dibuat dengan mana-mana pihak.

KWSP turut memberi jaminan sentiasa berhati-hati dan membuat kajian terperinci dan akan berbincang dengan pencarum serta pihak berkepentingan lain, sebelum membuat sebarang dasar baharu.

“KWSP mengambil maklum cadangan Bank Dunia untuk menaikkan had umur ahli bagi membuat pengeluaran penuh simpanan dalam Akaun 1 dan 2 daripada umur 55, kepada 65 tahun secara berperingkat.

“KWSP ingin memaklumkan kepada ahli bahawa pada ketika ini, tiada sebarang perbincangan diadakan dengan mana-mana pihak untuk menaikkan had umur bagi pengeluaran itu.

“KWSP juga menekankan bahawa ia sentiasa mengambil langkah secara berhemat dalam menetapkan sebarang dasar penting, termasuk menjalankan kajian mendalam dan mengadakan rundingan bersama ahli serta pihak berkepentingan lain.

“Langkah ini bertujuan memastikan kepentingan ahli sentiasa dilindungi dalam melaksanakan mandat KWSP,” jelas kenyataan itu, hari ini.

Semalam, Bank Dunia dilaporkan mencadangkan supaya had umur minimum pengeluaran simpanan KWSP dinaikkan ke 65 tahun secara beransur-ansur.

Cadangan itu bagi memastikan simpanan pencarum boleh bertahan dalam jangka masa yang lebih lama berbanding ketika ini. – BERITA HARIAN

 

 

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close