MalaysiaPilihan Editor

ISU PN: Keputusan Presiden Hasil Suara Kolektif Kepimpinan & Akar Umbi UMNO – Tegas Ketua Pemuda

Oleh wartawan BacalahMalaysia.my

 

Keputusan Presiden UMNO suara kolektif kepimpinan !

Keputusan Presiden UMNO suara kolektif akar umbi !

Keputusan ini sudah jua disuarakan dalam dua Mesyuarat Jawatankuasa Induk Muafakat Nasional (MN) !

Dalam mesyuarat itu turut dibangkitkan oleh barisan 11 orang kepimpinan yang mewakili UMNO dalam Jawatankuasa Induk Perundingan Muafakat Nasional yang turut disertai 11 kepimpinan tertinggi PAS !

Ini ditegaskan oleh Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki yang berpandangan parti itu tegas membawa suara Majlis Tertinggi dan akar umbi yang tidak mahu UMNO menyertai Perikatan Nasional (PN) sebagai salah satu parti komponen, sekiranya PN ingin didaftarkan sebagai sebuah parti politik.

Tegas lagi Ketua Pemuda UMNO, perkara berkenaan dibawa dalam dua mesyuarat Jawatankuasa Induk MN.

“Saya terpanggil untuk mengulas kenyataan Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan bahawa PAS tidak maklum akan keputusan UMNO enggan menyertai PN.

“Ini kerana dalam dua Mesyuarat Jawatankuasa Induk (MN), UMNO tegas membawa suara Majlis Tertinggi dan Akar Umbi yang tidak mahu UMNO menyertai PN sebagai salah satu parti komponen, sekiranya PN ingin didaftarkan sebagai sebuah parti politik.

“Justeru, apa yang disuarakan oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dalam kenyataan beliau baru-baru ini merupakan suara kolektif kepimpinan dan akar umbi UMNO,” katanya dalam satu kenyataan media, di sini.

Hampir keseluruhan kepimpinan di semua peringkat mahu UMNO kekal Barisan Nasional (BN) dan terus memperkukuhkan kerjasama dengan PAS dalam MN.

“Namun sebagaimana yang ditegaskan, UMNO akan terus mempertahankan Kerajaan Perikatan Nasional sehingga PRU-15.

“Kesepakatan juga dicapai dengan kepimpinan PAS untuk terus memperkukuhkan MN tanpa sekelumit perasaan untuk menggagalkan Kerajaan PN yang dibentuk bersama demi rakyat dan negara,” kata Asraf. – BACALAHMALAYSIA.MY

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close