MalaysiaPilihan Editor

Satu Jawatankuasa Perunding Agihan Kerusi Bagi PRU-15 Telah Dibentuk – Pengerusi Barisan Nasional

Oleh wartawan BacalahMalaysia.my

 

Satu jawatankuasa perunding bagi membincangkan agihan kerusi menjelang PRU akan datang telah dibentuk !

Jawatankuasa terbabit terdiri daripada UMNO-Barisan Nasional (BN), PAS dan Bersatu !

Pemerhati politik melihat perkembangan terbaharu ini menimbulkan perasaan dan pandangan bercampur baur dalam kalangan pemimpin politik kepartian masing-masing, ahli-ahli parti politik, penyokong parti politik serta rakyat.

Ada yang beranggapan agihan kerusi untuk Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) hanya perlu di bawah Muafakat Nasional (MN), manakala ada juga yang berkehendakkan betapa ada kepentingan parti Bersatu dalam soal agihan kerusi.

Tidak terkecuali masih ada juga beranggapan PRU-15 hanya UMNO-BN yang menentukan bagi nasib parti dan blok politik mereka.

Namun pemerhati politik menganggap strategi politik Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi masih menyimpan kuku cengkamannya waima langkah pelik politik Tun Dr Mahathir Mohamad yang telah menubuhkan satu parti politik yang masih belum ada namanya.

Terkesan dengan penubuhan parti politik baharu itu, paling terkena tempias adalah Bersatu yang memperlihatkan ramai ahli dan cawangan Bersatu ditutup dan lenyap satu persatu.

Apakah ada lagi aksi-aksi melompat, terutama dalam kalangan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan Ahli Politik ?

Dalam laporan BERNAMA, Ahmad Zahid juga berkata apabila tiba masa, setelah penyelesaian peringkat parti masing-masing maka jawatankuasa ini akan duduk berbincang mengenai pembahagian kerusi dan hanya akan dimuktamadkan oleh presiden parti masing-masing.

“Setakat ini belum ada perbincangan terperinci dibuat,” katanya lagi.

BN juga belum mengenal pasti calon-calonnya yang akan bertanding pada PRU-15 kelak, menurut laporan BERNAMA.

Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO berkata parti itu juga belum mengenal pasti kawasan yang akan ditandingi.

“Belum ada keputusan yang dibuat, belum ada kawasan dikenal pasti.

“Jauh daripada mengenal pasti calon. Maka perkara itu (siapa bertanding di mana)  belum timbul lagi,” kata Ahmad Zahid kepada pemberita selepas melancarkan Jentera BN Pilihan Raya Kecil (PRK) Slim dan Penyerahan Bahagian Angkat di Dewan Felda Jaya, Trolak di sini, Ahad lalu. – BACALAHMALAYSIA.MY/BERNAMA

 

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close