Ekonomi Islam & GlobalPilihan Editor

COVID-19: IMF Lulus Pakej Kewangan Setahun AS$5.2 Bilion Kepada Mesir

Lembaga Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) semalam meluluskan pakej kewangan setahun sebanyak AS$5.2 bilion kepada Mesir bagi membantu negara itu menangani kesan terhadap ekonomi akibat pandemik COVID-19.

Pembiayaan baharu itu menyusuli bantuan kecemasan AS$2.8 bilion yang diluluskan Lembaga IMF, sebulan lalu, walaupun ketika itu pegawai mengakui lebih banyak bantuan akan diperlukan.

Menurut IMF, Kaherah mempunyai ‘rekod kukuh’ dalam pelaksanaan reformasi ekonomi bawah program yang disokong pembiayaan sejak empat tahun lalu, dan pinjaman baharu itu akan membantu negara itu bertapak dengan teguh ke arah pemulihan.

“Mesir ialah salah satu pasaran yang tumbuh paling pesat sebelum wabak COVID-19.

“Bagaimanapun, kemusnahan global dan domestik yang signifikan akibat pandemik itu telah menjejaskan prospek ekonomi serta merombak keutamaan dasar,” kata IMF dalam satu kenyataan.

Bantuan itu akan memfokus terhadap perbelanjaan kesihatan dan sosial terlebih dahulu, selain kestabilan kewangan bagi mengatasi inflasi.

Kakitangan dana bersetuju dengan pihak berkuasa dari segi terma pinjaman itu pada awal bulan ini, serta memaklumkan bahawa dana terbabit akan turut membuka pintu pembiayaan daripada peminjam lain dan membantu menyokong pewujudan peluang pekerjaan oleh sektor swasta.

Mesir mencatatkan lebih 2,500 kematian akibat COVID-19 bersama lebih 61,000 kes jangkitan, menurut penjumlahan oleh Johns Hopkins University. – AFP

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close