Ekonomi Islam & Global

Turki Sambung Semula Perkhidmatan Penerbangan Antarabangsa

Turki pada Khamis menyambung semula sebahagian perkhidmatan penerbangan antarabangsa, yang ditangguhkan hampir dua bulan disebabkan penularan COVID-19, lapor agensi berita Xinhua.

Pesawat syarikat penerbangan negara Turkish Airlines (THY) berlepas dari Lapangan Terbang Istanbul menuju ke Dusseldorf, Jerman, ia akan  diikuti beberapa lagi penerbangan ke bandar raya seperti London dan Amsterdam.

AnadoluJet pula memulakan semula perkhidmatan apabila pesawatnya berlepas dari Lapangan Terbang Sabiha Gokcen Istanbul menuju ke Berlin dan London.

Beberapa hari akan datang, Turki dijangka meningkatkan jumlah penerbangan antarabangsa ke 40 negara. – BERNAMA

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close