GovernansMalaysiaPilihan Editor

SECARA PERCUMA! Ayuh Rakyat Malaysia Sertai “National Training Week (NTW)” 2023 Anjuran Kementerian Sumber Manusia

Satu pembaharuan yang berani memberikan peluang pembelajaran, latihan dan peningkatan kemahiran secara serentak di seluruh negara

Oleh wartawan BacalahMalaysia.my

Ayuh rakyat Malaysia sila melayari menerusi www.nationaltrainingweek.gov.my.

Daftar segera untuk mana-mana kursus yang tersedia.

Kursus-kursus ini akan dijalankan melalui pembelajaran secara bersemuka, dalam talian, atau pembelajaran hibrid dan merangkumi pelbagai kemahiran insaniah dan teknikal dalam latihan, pemantapan, kemudahan, dan pembelajaran.

Mana tidaknya, 10,000 kursus secara percuma melibatkan 125,000 peserta yang akan dibimbing 5,000 tenaga pengajar.

Kesungguhan Kementerian Sumber Manusia dilaksanakan dengan pelancaran National Training Week (NTW) 2023, bermula 22 Mei 2023 hingga 28 Mei 2023, untuk memberikan peluang pembelajaran, latihan, dan peningkatan kemahiran secara serentak di seluruh negara.

Peserta dapat menyelesaikan lebih daripada 500,000 jam latihan secara kolektif dan penyedia latihan dapat menyampaikan nilai latihan lebih daripada RM250 juta secara percuma.

NTW 2023 adalah minggu latihan dan aktiviti di seluruh negara yang mengumpulkan organisasi serta individu dari pelbagai latar belakang dan industri untuk latihan dan pembangunan.

Ini adalah program pertama dalam negara di mana latihan dilaksanakan oleh individu dan organisasi tempatan di seluruh Malaysia dan ditawarkan secara percuma kepada semua rakyat Malaysia, secara intensif dan berfokus kerjaya berteraskan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).

Inisiatif ini dilaksanakan oleh KSM melalui pelbagai agensinya, terutamanya oleh Human Resource Development Corporation (HRD Corp), dengan sokongan dari kementerian lain seperti Kementerian Pendidikan Tinggi, Kerajaan Negeri, agensiagensi kerajaan dan swasta, individu, persatuan industri, akademik dan penyedia program dan latihan.

Menteri Sumber Manusia, V. Sivakumar berkata, modal insan merupakan sumber yang amat penting dalam memastikan pertumbuhan ekonomi negara yang mantap dan berterusan.

 

“Sehubungan itu, Malaysia perlu mendorong tenaga kerja dan bakat tempatan untuk terus belajar dan berkembang bagi meningkatkan daya saing global dalam jangka masa panjang”.

“NTW 2023 adalah platform yang terbaik untuk mendorong rakyat Malaysia meningkatkan kemahiran dan pengetahuan menerusi pelbagai kursus latihan dalam berbagai bidang kemahiran insaniah dan teknikal secara percuma,” katanya. – BACALAHMALAYSIA.MY

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close