Duniaku TeknokratPilihan Editor

UDA Mengumumkan Pelantikan Datuk Norliza Abdul Rahim Sebagai Pengerusi Berkuatkuasa 8 November 2021

Oleh wartawan BacalahMalaysia.my

 

UDA Holdings Berhad (UDA), mengumumkan pelantikan Datuk Norliza Abdul Rahim sebagai pengerusi berkuatkuasa pada 8 November 2021.

Beliau dilantik menjadi pengerusi baru menggantikan mantan Pengerusi Datuk Seri Jalaluddin Alias yang menggalas jawatan Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan pada Ogos tahun ini.

Norliza yang memiliki Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan (Perakaunan), Ijazah Sarjana Muda Perancangan Kewangan Lanjutan dan Ijazah Sarjana Muda Perdagangan dan Pengurusan (Perakaunan) mempunyai pengalaman lebih 30 tahun dalam bidang pembangunan hartanah, pengurusan harta dan dasar perumahan awam merangkumi sektor kerajaan serta swasta.

Beliau menyelia pelaksanaan lebih 25,000 unit perumahan awam, unit kediaman dan komersial sepanjang perkhidmatan beliau di Bahagian Perumahan Kerajaan Negeri Pulau Pinang serta di Prime View Sdn Bhd, sebuah syarikat hartanah swasta.

Beliau juga mempunyai pengalaman luas dalam menerajui beberapa syarikat milik kerajaan dan swasta yang tersenarai di bursa merangkumi bidang hartanah, perkapalan dan juga universiti awam dan koperasi.

Beliau pernah dilantik sebagai Ahli Dewan Negara dari tahun 2011 hingga 2017.

“Saya akan bersama-sama barisan pimpinan UDA untuk menyambung legasi kecemerlangan UDA dan kekal utuh sebagai peneraju pembangunan bandar dalam masa sama terus memperkasa keluarga usahawan.

“Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Perdana Menteri kerana mengiktiraf wanita, terima kasih juga pada Menteri Kewangan dan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi atas kepercayaan untuk menerajui kepimpinan UDA,” katanya dalam kenyataan. – BACALAHMALAYSIA.MY

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close