Dimensi BisnesMalaysiaPilihan Editor

Inovasi Beg Sekolah, Kotak Pensel Dari Beg Grab Terpakai Hasil Ciptaan Pereka Fesyen Tempatan Atas Tujuan Amal

Oleh wartawan BacalahMalaysia.my

Menakjubkan !

Inovasi !

Pemikiran di luar kotak !

Ilham seorang pereka fesyen wanita tempatan !

Semuanya tercetus dari pengorbanan, susah payah dan kegigihan barisan penghantar makanan sepanjang tempoh rakyat terpaksa berkurung di rumah berikutan penularan pandemik COVID-19 sejak setahun setengah yang lalu.

Di atas senario yang mencabar itu, seorang pereka fesyen tampil dengan inisiatif menghasilkan pelbagai barangan bahan daripada beg penghantaran makanan terpakai.

Dia ialah Neng Kho Razali, seorang wanita berusia 37 tahun dari Kuching, Sarawak, telah melakukan suatu inovasi penghasilan barangan seperti beg sekolah, bekas pensel, dompet siling dan pelitup muka dengan mengitar semula beg terpakai untuk memberi banyak manfaat.

Neng telah berkolaborasi dengan Grab selepas dihubungi oleh pihak Grab pada bulan Jun 2020 dan mereka memberinya kebebasan untuk menghasilkan apa-apa sahaja yang dapat mengubah beg penghantaran mereka menjadi barang lain.

Pada mulanya, Neng memberikan dua pilihan: antara menghasilkan merchandise atau alat-alat persekolahan yang dapat diberikan kepada kanak-kanak. Grab memutuskan untuk menggunakan idea kedua – dan seperti yang dikatakan Neng, beliau gembira dengan keputusan itu kerana ia lebih bermakna.

Ini adalah permulaan program Recycling Initiative Under Delivery Bags kolaborasi dengan Neng, dipetik dalam iloveborneo.my.

Menurut Neng, projek ini merupakan usaha mereka bersama di mana tukang jahit beliau membantu untuk mengubah lakaran Neng menjadi kenyataan.

Barang untuk membuat beg.

Projek ini juga merupakan projek pertama mereka untuk menjahit beg sedangkan sebelum ini, mereka hanya menghasilkan pakaian sahaja. Oleh itu, mereka cuba membuat sampel, trial and error pada pengukuran dengan mempertimbangkan zero waste.

A lot of trial and error, gais!

Dengan tenaga kerja dan mesin semasa, usaha ini telah mengambil lebih kurang sebulan untuk menghasilkan 174 buah beg dan dibuat secara pukal. Malah, beg-beg ini juga diderma kepada beberapa NGO seperti rumah anak yatim Yayasan Anak Yatim dan Tadika Istika Jaya, sekolah pedalaman (SK Long Pelutan) dan bahkan pemandu Grab!

Sejumlah 174 buah beg telah dihasilkan dalam masa lebih kurang sebulan!

Dalam temubual BERNAMA, Neng berkata, kebiasaannya penghantar makanan akan menerima beg penghantaran baharu selepas sembilan bulan dan beg lama (beg terpakai) akan dikembalikan kepada syarikat Grab.

“Peringkat pertama beg terpakai diberikan kepada saya pada September 2020. Waktu itu proses sanitasi dilakukan sebelum jahitan pada beg itu akan dibuka bagi peringkat pengasingan bahagian yang masih boleh digunakan dan yang rosak,” ujarnya lagi.

Menurut Neng, proses mereka dan menjahit barangan yang dilakukan, namun kadang-kala ia mengambil masa yang agak lama untuk dihasilkan berikutan kekangan tenaga kerja dan peralatan seperti mesin jahit serta ruang untuk menyimpan beg.

Setakat ini, semua barang yang dihasilkan itu tidak dijual di mana-mana platform perniagaan kerana ia dihantar balik kepada pihak Grab Malaysia untuk diedarkan bagi tujuan amal. – BACALAHMALAYSIA.MY/BERNAMA/ILOVEBORNEO.MY

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close