MalaysiaPilihan Editor

Pemain Skuasy Wanita Negara – Sivasangari Singkirkan Pemain Nombor 1 Dunia

Pemain skuasy wanita negara, S Sivasangari mempamerkan aksi luar biasa pada suku akhir kejohanan Klasik London 2024 apabila menewaskan pemain nombor satu dunia dari Mesir, Nour El Sherbini 11-9, 11-9 di London, lewat malam tadi.

Kejayaan pemain ranking ke-16 dunia itu turut menempa sejarah tersendiri apabila muncul sebagai pemain terkini di luar ranking kelompok 10 terbaik yang berjaya menundukkan El Sherbini sejak 2015.

Kali terakhir Sherbini tewas di tangan lawan di luar kelompok 10 terbaik dunia adalah pada 2015 yang menyaksikan pemain berusia 28 tahun itu kecundang di tangan pemain dari Hong Kong, Annie Au.

“Saya masih tidak percaya. Ia (perlawanan) berlangsung sangat pantas dan saya tidak tahu apa yang berlaku di gelanggang, menewaskan pemain nombor satu dunia,” kata Sivasangari dalam laman web Jelajah Dunia PSA.

“Saya sangat menghormatinya… seorang pemain yang sudah meraih tujuh kali gelaran dunia, ia sesuatu yang menakjubkan. Saya menghormatinya tetapi hari ini, saya hanya turun ke gelanggang, menikmati permainan dan semua perancangan permainan berlangsung dengan baik.

“Dia juga seorang pemain terbaik dalam jelajah dan sangat berbakat. Untuk menewaskan seorang pemain yang sebegitu, saya bermain dengan sebaik-baik perancangan. Saya cuba kekal fokus dalam permainan berbanding memikirkan lawan.

Sivasangari, 25, akan bertemu pemain Belgium yang berada di ranking keempat dunia, Nele Gilis pada separuh akhir, malam ini. – BH ONLINE

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close