MalaysiaPilihan Editor

UMNO Putuskan Ismail Sabri Calon Perdana Menteri PRU15

Oleh wartawan BacalahMalaysia.my

Sebulat suara !

Tidak diteruskan Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Pakatan Harapan (PH) !

Itulah ketegasan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO.

Dalam hal sama, MKT sebulat suara memutuskan untuk Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menjadi calon Perdana Menteri pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan, berkata kesepakatan itu ialah antara beberapa perkara diputuskan pada Mesyuarat MKT yang dipengerusikan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

“Mesyuarat MKT pada petang tadi membuat beberapa ketetapan, termasuk mengenai kedudukan Memorandum Persefahaman (MOU) antara Kerajaan Persekutuan dengan Pakatan Harapan (PH). MoU yang akan berakhir 31 Julai depan itu diputuskan tidak akan diteruskan lagi.

“Selain itu, pembentangan Akta Antilompat Parti mesti diteruskan dan disokong untuk diluluskan tanpa berkompromi dengan gesaan mana-mana pihak yang cuba menggagalkan mahupun cubaan untuk merubah maksudnya kepada bentuk perundangan yang lain.

Seterusnya bagi melaksanakan keputusan sebulat suara usul Perhimpunan Agung UMNO 2021, Ahmad berkata, satu Perhimpunan Agung UMNO Khas akan diadakan pada 14 Mei depan.

Pada hari sama, katanya, Sambutan Hari UMNO dan Jamuan Aidilfitri akan turut diadakan. – BACALAHMALAYSIA.MY

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button
Close