Dimensi BisnesPilihan Editor

Universiti Perlu Dilihat Sebagai Gedung Inovasi Keilmuan Termasuk Memperkasakan Elemen Keusahawanan – Norliza Abdul Rahim

Oleh wartawan BacalahMalaysia.my

 

“Universiti perlu dilihat sebagai gedung inovasi keilmuan,” kata Ahli Lembaga Gabenor Universiti Sains Malaysia (USM), Datuk Norliza Abdul Rahim.

Beliau berpandangan bahawa adakala pengetahuan teori sahaja tanpa pendedahan kepada praktikal tidak dapat melahirkan modal insan yang mantap.

“Kedua-duanya penting dan ilmu itu perlu diinovasikan dan diterjemahkan dengan cara normal yang baharu.

“Kerana itu, USM sebagai sebuah universiti APEX dan penyelidikan aras tinggi, maka kita perlu mencari jalan dalam menambahbaik sosial ekonomi kehidupan kita.

“Saya melihat USM menepati dengan elemen kesediaan untuk berubah dan penyediaan pelan transformasi seperti mana langkah pro-aktif universiti ini yang mewujudkan elemen keusahawanan dalam kalangan kakitangan USM adalah sangat dialu-alukan,” katanya.

Norliza berkata demikian sebagai mengulas USM melalui Jabatan Pendaftar yang mewujudkan inisiatif keusahawanan yang ditawarkan kepada staf dari kumpulan B40 di semua kampus universiti berkenaan.

Pendaftar USM Dr Musa Ali dipetik sebagai berkata inisiatif bertujuan membantu staf universiti untuk menambah pendapatan lebih-lebih lagi ketika berdepan dengan pandemik COVID-19 dan tekanan ekonomi di bandar.

Peserta perlu membentangkan  kertas cadangan, kemudian kita menilai apa yang kurang daripada perancangan mereka. Selepas itu, kita akan membantu mereka daripada kekurangan tersebut sama ada dari segi modal, kemahiran pemasaran, ruang untuk memulakan perniagaan dan sebagainya.

“Pemberian modal akan dilakukan secara sekali bayar dan bukannya berbentuk pinjaman. Namun begitu, para peserta boleh memohon pinjaman mikro kredit sekiranya perlu,” katanya kepada pemberita selepas majlis khas penyerahan surat tawaran kepada 22 staf yang terpilih dalam fasa pertama projek itu, di sini. Majlis itu dirasmikan oleh Pengerusi Lembaga Gabenor USM Datuk Dr Awang Adek Hussin.

Norliza juga berkata, sebenarnya kita perlu mempunyai daya usaha dan daya ikhtiar yang tinggi dalam mengubah keadaan normal biasa kepada normal yang baharu.

“Ini suatu permulaan (USM) yang sangat baik dan satu langkah perintis yang boleh diperluaskan,’ katanya lagi. – BACALAHMALAYSIA.MY

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close