Ekonomi Islam & GlobalPilihan Editor

Battersea Power Station Dibuka Kepada Umum 14 Oktober Ini

Projek ikonik Battersea Power Station yang dimiliki konsortium pelabur Malaysia di sini bakal membuka pintunya kepada orang awam bermula 14 Oktober 2022.

Konsortium pelabur Malaysia itu terdiri daripada pemaju hartanah, SP Setia Bhd (40 peratus), Sime Darby Property Bhd (40 peratus) dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) (20 peratus), sementara pengurusan pembangunan projek itu dilaksanakan oleh Battersea Power Station Development Company (BPSDC).

Electric Boulevard, iaitu laluan baharu untuk pejalan kaki dari selatan Power Station, antara Frank Gehry’s Prospect Place dan Foster + Partners’ Battersea Roof Gardens ke stesen Bawah Tanah Battersea Power Station Zon 1, juga akan dibuka pada hari sama

Ketua Pegawai Eksekutif BPSDC, Simon Murphy, berkata ia memerlukan kerja keras, keazaman dan komitmen berterusan daripada pemegang saham Malaysia sepanjang 10 tahun yang lalu untuk membawa Battersea Power Station kembali ke zaman kegemilangannya.

“Kami tidak sabar untuk mengalu-alukan pelawat pertama dan menunjukkan kepada komuniti tempatan, warga London serta seluruh dunia keindahan bersejarah bangunan tersenarai Gred II, yang telah diubah menjadi destinasi paling unik di London untuk dinikmati semua,” katanya dalam satu kenyataan.

Lebih 2,500 pekerjaan baharu akan diwujudkan sebaik sahaja pintu ke Power Station itu dibuka, dengan sejumlah 17,000 pekerjaan sebaik sahaja keseluruhan projek seluas 42 ekar itu selesai.

 

Battersea Power Station bersedia mengalu-alukan pelawat pertama pada 14 Oktober ini - Foto ihsan BPSDC
Battersea Power Station bersedia mengalu-alukan pelawat pertama pada 14 Oktober ini – Foto ihsan BPSDC

 

Pada waktu kemuncaknya, Battersea Power Station membekalkan satu perlima tenaga elektrik kepada London.

Bangunan itu telah ditamatkan operasinya pada tahun 1983 dan pada tahun-tahun berikutnya, beberapa percubaan dibuat untuk membangunkan semula tapak berkenaan, namun tidak berjaya.

Pada 2019, PNB dan KWSP menjadi pemegang aset komersial jangka panjang yang menjamin masa depan mercu tanda itu untuk beberapa generasi.

Hampir 40 tahun selepas lampu Battersea Power Station dimatikan, ikon itu kembali dan bersedia untuk menjadi salah satu destinasi runcit dan percutian yang paling menarik di London.

Tawaran runcit bangunan ini ditempatkan di dua Turbine Hall bersejarah Power Station yang baru dipulihkan.

Walaupun serupa apabila dilihat dari bahagian luar bangunan, ia unik sepenuhnya dari segi reka bentuk dalaman. – BH ONLINE

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close