Kedai Runcit

Usahawan Tidak Perlu Tunggu Moratorium Tamat Untuk Dapatkan Bantuan

Persatuan Institusi-Institusi Kewangan Pembangunan Malaysia (ADFIM) meminta usahawan untuk tidak menunggu sehingga tempoh moratorium tamat pada 30 September ini untuk bantuan sokongan.

Setiausaha Agungnya, Mohd Prasad Hanif, berkata institusi kewangan pembangunan (DFI) telah menghubungi mereka sejak sebulan lalu dan telah menyenaraikan program yang dapat membantu dalam bentuk penjadualan semula dan penstrukturan semula pinjaman.

“Masalahnya, hanya lima peratus yang respons. Jika mereka mempunyai masalah, boleh pergi ke DFI, (tetapi) hanya lima peratus (respons), 95 peratus lagi tidak tahu apa jadi.

“Boleh jumpa sekarang, kita telah memaklumkan bahawa moratorium ini akan berakhir seperti yang telah dinyatakan oleh Perdana Menteri. Jangan tunggu sehingga minit terakhir,” katanya kepada Bernama dalam program Ruang Bicara bertajuk Menghadapi Pasca Moratorium terbitan Bernama TV.

DFI adalah agensi atau institusi yang dimiliki oleh kerajaan dan matlamat utamanya untuk memberikan pembiayaan sama ada pinjaman kredit atau khidmat nasihat perniagaan.

Beliau berkata, usaha-usaha kerajaan turut dilaksanakan melalui DFI yang menyumbang kepada pembangunan ekonomi.

“Ia tidak diukur dari segi keuntungan tetapi dari segi hasilnya, iaitu berapa ramai usahawan telah dilahirkan dan dibantu serta jumlah bantuan yang telah dikeluarkan,” katanya.

-BERNAMA

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close