Ekonomi Islam & GlobalPilihan Editor

McDonald’s Malaysia Bayar Zakat RM1 Juta Tahun Ini

McDonald’s Malaysia membayar zakat perniagaan berjumlah RM1 juta pada tahun ini kepada semua 14 negeri di Malaysia sejak syarikat itu diambil alih Lionhorn Pte.Ltd., sebuah anak syarikat Kumpulan Reza dari Arab Saudi.

Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatannya Azmir Jaafar berkata pihaknya mula membayar zakat sejak 2017 setelah diambil alih.

“McDonald’s Malaysia menyampaikan zakat kepada Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) dan Lembaga Zakat Selangor (LZS) dalam dua majlis berasingan minggu ini.

“Zakat adalah satu daripada lima rukun Islam dan sebagai sebuah syarikat yang mengendalikan operasi lebih daripada 300 restoran di seluruh negara ini, kami berharap sumbangan kami akan terus membantu golongan miskin di seluruh negara, terutama dalam suasana hidup semasa yang penuh dugaan ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Azmir berkata McDonald’s Malaysia merupakan entiti perniagaan pertama menerima Sijil Pengiktirafan Pembayar Zakat Korporat daripada PPZ-MAIWP dan sijil-sijil itu melengkapi Pensijilan Halal yang sedia dimiliki McDonald’s Malaysia.

Beliau berkata syarikat itu juga bekerjasama rapat dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) untuk terus menegakkan komitmen halal kepada para pelanggannya dalam semua aspek perniagaan. – BERNAMA

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close