Duniaku Teknokrat

Vaseehar Hassan dilantik sebagai Pengerusi baharu AmanahRaya

Amanah Raya Bhd (AmanahRaya) mengumumkan pelantikan Datuk Seri Dr Vaseehar Hassan Abdul Razack sebagai pengerusinya yang baharu.

Pemangku Pengarah Urusan Kumpulan/Ketua Pegawai Perniagaan dan Operasi AmanahRaya, Jack Yap Ngee Heong, berkata pihaknya menyambut baik berhubung pelantikan berkenaan.

Katanya, syarikat berharap dapat memanfaatkan pengalaman kepimpinan Vaseehar Hassan yang meluas serta pandangan strategik yang dimilikinya.

“Pengalaman meluas dan pandangan strategik Vaseehar Hassan akan memberi panduan yang kukuh kepada lembaga pengarah dan pihak pengurusan dalam usaha untuk terus memacu pertumbuhan mampan, memperkukuh tadbir urus serta memberikan nilai yang lebih besar kepada pihak berkepentingan kami.

“Selain itu, melalui pelantikan ini, syarikat kekal komited untuk memenuhi keperluan rakyat Malaysia yang sentiasa berkembang,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Vaseehar Hassan mempunyai lebih daripada empat dekad pengalaman dalam bidang perbankan, perbankan pelaburan, kewangan Islam, tadbir urus korporat, kepimpinan lembaga pengarah dan bimbingan eksekutif.

Beliau pernah menganggotai lembaga pengarah pelbagai institusi kewangan selain memainkan peranan penting dalam membentuk landskap perbankan Islam di Malaysia.

Beliau kini menganggotai lembaga pengarah Ingress Corporation Bhd dan Saturna Sdn Bhd.

Vaseehar Hassan juga merupakan ahli bersekutu kanan di Institut Kets de Vries di London dan jurulatih eksekutif di INSEAD Executive Centre. -BERNAMA

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close