Duniaku TeknokratPilihan Editor

Coca-Cola Bottlers Malaysia Lantik Tolga Cebe Sebagai CEO

Tahniah ! Selamat datang…
Tolga Cebe
Tolga Cebe

Coca-Cola Bottlers Malaysia (CCBM), cabang pembotolan The Coca-Cola Company (TCCC), melantik Tolga Cebe sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) yang baharu bagi Bottling Investments Group (BIG) untuk Singapura, Malaysia dan Brunei, berkuat kuasa 1 Jun 2023.

Menerusi laporan BERNAMA, Cebe dalam mengulas mengenai pelantikannya berkata beliau akan menumpukan usaha mencipta nilai untuk pelanggan, memacu pertumbuhan perniagaan yang mampan dan membuat perubahan positif dalam komuniti.

“Saya teruja untuk berpindah ke rantau ini dan akan meneruskan pertumbuhan serta transformasi luar biasa dalam operasi Coca-Cola Singapura, Malaysia dan Brunei di samping memperkukuh kedudukan daya saing kami menerusi inovasi seterusnya bagi pembungkusan dan produk,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Cebe, warganegara Turkiye, juga memegang jawatan Ketua Pegawai Komersial BIG (meliputi 13 negara di Asia dan Timur Tengah) dengan melaksanakan peranan penting dalam meneraju agenda pertumbuhan komersial berdasarkan perancangan jangka masa panjang di seluruh vertikal pengurusan pertumbuhan, laluan ke pasaran, juara di titik jualan, perdagangan moden, e-dagang serta transformasi digital berpusatkan sekitar e-perniagaan kepada perniagaan (eB2B).

Beliau menyertai TCCC pada 2004 dan pernah memegang pelbagai jawatan kepimpinan termasuk Naib Presiden Operasi Timur Tengah dan pengurus besar sejak 2019 dengan tanggungjawab menyelia 13 negara di seluruh rantau ini.

Coca-Cola beroperasi di Malaysia selama lebih 85 tahun dengan menawarkan produk minuman disahkan halal kepada rakyat Malaysia.

Setakat ini, CCBM melabur RM1.3 bilion secara kumulatif dalam membina hab pengedaran berkelas dunia di Hab Halal Bandar Enstek di Negeri Sembilan dan menyokong ekonomi Malaysia. – BACALAHMALAYSIA.MY/BERNAMA

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close