Duniaku TeknokratPilihan Editor

10 syarikat Unicorn Malaysia Berpotensi Kuasai Dunia

Laporan ‘The Emerging Giants in Asia Pacific’ oleh HSBC dan KPMG mengenal pasti 10 syarikat unicorn yang berpotensi di Malaysia yang mampu kekal dalam landskap perniagaan global sepanjang dekad akan datang.

Senarai 10 syarikat yang dirujuk oleh laporan itu sebagai gergasi baru muncul di Malaysia ialah Boost Holdings, Exabytes, Jirnexu, Presto Mall, Mindvalley, Neurogine, Eatcosys, Says, Lapasar dan PolicyStreet.

Ketua Perbankan Komersial HSBC Malaysia, Karel Doshi, berkata senarai itu mengagumkan mereka kerana ia sebagai bukti bahawa negara mempunyai semua ramuan yang sesuai untuk syarikat baharu berkembang maju dan menjadi peneraju yang membentuk industri.

“Untuk menjadi gergasi atau unicorn yang baru muncul, institusi kewangan mestilah komited untuk menawarkan sokongan yang betul kepada pemula niaga supaya mereka boleh melangkaui Malaysia.

“Sebagai bank perdagangan terkemuka dunia, kami sentiasa mencari kaedah bagi membantu pelanggan kami berinovasi, membangunkan penyelesaian masa depan dan menambah nilai,” katanya dalam satu kenyataan bersama HSBC dan KPMG di sini.

Laporan The Emerging Giants in Asia Pacific mengkaji 6,472 syarikat baharu secara mendalam yang memfokuskan teknologi di 12 pasaran Asia Pasifik dengan nilainya sehingga AS$500 juta

Walaupun syarikat pemula niaga bersedia untuk terus memainkan peranan utama dalam pembangunan negara, Ketua Teknologi, Media dan Telekomunikasi KPMG Malaysia Guy Edwards menyatakan bahawa ada yang mungkin bergelut untuk mendapatkan bimbingan dan sokongan perniagaan yang diperlukan untuk berkembang.

“Malaysia telah membangunkan pemahaman yang baik mengenai teknologi dan cara inovasi berfungsi, kerana banyak syarikat tempatan tersenarai dalam 10 gergasi baru muncul terkemuka untuk Malaysia.

“Selain sokongan kerajaan, memupuk ekosistem yang betul untuk syarikat pemula niaga tempatan kami memerlukan penggunaan amalan serantau dan menggalakkan kerjasama yang kukuh oleh pihak berkepentingan,” katanya.

Menurut Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC), pembiayaan mula mencapai tahap yang ketara dengan jumlah dana modal teroka komited mencecah AS$1.2 bilion pada 2021, meningkat 20 peratus daripada 2020, dan hampir lima kali ganda lebih banyak daripada syarikat pemula niaga Malaysia pada 2019. – BERNAMA

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close