Dimensi BisnesPilihan Editor

BACALAH AUTO: UMW Melepasi Sasaran Jualan Kenderaan Untuk 2020

UMW Holdings Bhd telah melepasi sasaran jualan kenderaannya bagi 2020 berikutan jualan kukuh yang dicatatkan UMW Toyota Motor (UMWT) dan syarikat bersekutu 38 peratusnya, Perodua.

Dalam kenyataan hari ini, UMW berkata pengecualian cukai jualan yang diumumkan kerajaan berkuatkuasa 15 Jun 2020 telah meningkatkan permintaan dan merangsang jualan pada separuh kedua tahun itu.

“UMWT mencatatkan jualan bulanan tertinggi dalam tahun itu pada Disember dengan menjual 9,246 unit kenderaan, menjadikan jumlah jualan sebanyak 59,320 unit pada 2020.

“Ini melebihi sasaran jualan 53,000 unit bagi 2020 dengan Toyota Vios, Yaris dan Hilux menjadi model jualan terbaik UMWT pada tahun itu,” katanya.

Sementara itu, Perodua menjual 25,171 unit kenderaan pada Disember 2020, sekali gus merekodkan jualan sebanyak 220,154 unit bagi 2020 dan melepasi sasaran 210,000 unit pada tahun berkenaan.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif kumpulan UMW Datuk Ahmad Fuaad Kenali berkata pemulihan permintaan dalam separuh kedua tahun lepas telah didorong oleh pengecualian cukai jualan di bawah Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) yang memberi manfaat terhadap ekosistem automotif Malaysia.

“Kami berasa rendah diri dengan sokongan pelanggan yang memacu prestasi segmen automotif kami pada 2020 di sebalik cabaran yang wujud akibat pandemik COVID-19.

“Kami berterima kasih kepada kerajaan kerana melaksanakan pengecualian cukai jualan, malahan melanjutkannya sehingga 30 Jun 2021 yang akan mempercepatkan pemulihan sektor automotif,” katanya. — BERNAMA

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close