MalaysiaPilihan Editor

MEMILIH PRU15: Demi Rakyat – Manifesto BN Perak Tawar 5 Usaha, 4 Fokus, 75 Inisiatif

Oleh wartawan BacalahMalaysia.my

5 Usaha !

4 Fokus !

75 Inisiatif !

Itulah tawaran terbaik bagi Barisan Nasional (BN) Perak yang melancarkan manifesto Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dengan satu matlamat iaitu ‘Kestabilan Demi Kesejahteraan, Rakyat Makmur Rakyat Sejahtera’.

Manifesto yang dilancarkan oleh Pengerusi BN Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad malam tadi (8 November 2022) ini melibatkan lima usaha, empat fokus dengan 75 inisiatif.

Lima usaha melibatkan kestabilan politik, kepimpinan dan pentadbiran yang berintegriti dan cekap, kesejahteraan ekonomi, kemakmuran sosial dan pemerkasaan belia.

Di bawah kestabilan politik antara lain jika BN memperoleh kemenangan dua pertiga parti itu akan meminda Perlembagaan Negeri bagi melantik Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari golongan minoriti dan golongan belia.

BN juga berikrar untuk meneruskan pemberian peruntukan yang adil dan saksama kepada semua kawasan Dewan Undangan Negeri tanpa mengira parti bagi memastikan nasib setiap lapisan rakyat terbela.

Di bawah Kepimpinan dan petadbiran yang berintegriti dan cekap BN Perak akan melaksanakan beberapa inisatif untuk melonjakkan kepimpinan kerajaan negeri.

Usaha kesejahteraan ekonomi pula memperlihatkan BN Perak antara lain berazam mewujudkan 200,000 peluang pekerjaan dalam tempoh lima tahun bagi menghalang penghijrahan keluar anak negeri itu.

Di bawah Kesejahteraan Ekonomi BN juga mahu mewujudkan Pelan Tindakan Ekonomi Digital Perak 2023 bagi menjayakan potensi ekonomi digital.

Bagi memperluaskan jaringan luar bandar sejumlah RM1.5 bilion akan diperuntukan bagi membina jalan perhubungan desa dan jalan luar bandar sepanjang 500 kilometer.

Selain itu usaha kedua ini turut menyediakan dana pinjaman berjumlah RM50 juta untuk peniaga dan penjaja di Perak

Usaha keempat Kemakmuran Sosial menyaksikan BN Perak mahu memudahkan cara pelaksanaan program pembasmian miskin tegar selain komitmen untuk meneruskan Agenda Hijau Perak.

BN juga akan mewujudkan Kad Perak Sejahtera bagi membantu golongan yang memerlukan.

Pemerkasaan Belia menyaksikan RM35 juta diperuntukan bagi program-program mesra orang muda dengan merancakkan kegiatan dan program-program belia termasuk sosial dan muda. – BACALAHMALAYSIA.MY

 

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close