Bank Negara Malaysia (BNM) tidak bertindak ‘kejam’ apabila menaikkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) ke paras 3.00 peratus baru-baru ini.
Sebaliknya, keputusan itu dibuat bagi mengawal inflasi daripada terus melonjak tinggi dan menjadi tidak terkawal, tegas Gabenor Bank Negara Malaysia, Tan Sri Nor Shamsiah Mohd Yunus.
“Jadi, kita naikkan OPR kerana kita mahu memastikan ekonomi berkembang secara mampan dan bukan saja untuk hari ini, tapi untuk bulan dan tahun yang mendatang,” katanya pada sidang media mengumumkan prestasi ekonomi negara bagi suku pertama 2023 hari ini.
Pada 3 Mei lalu, Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) BNM mengumumkan OPR meningkat 25 mata kepada 3.00 peratus.
Kenaikan OPR itu adalah pertama bagi tahun ini selepas penanda aras bagi kadar pinjaman dan deposit di Malaysia itu telah dikekalkan pada Januari dan Mac lalu pada paras 2.75 peratus. – BH ONLINE