MalaysiaPilihan Editor

CUEPACS Bantah Skim MySTEP Kepada Pegawai Pemantau Harga

CUEPACS menyuarakan kebimbangan dan tidak puas hati terhadap pelaksanaan Skim MySTEP kepada Pegawai Pemantau Harga (PPH) yang berkhidmat dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).

Presiden CUEPACS, Datuk Dr Adnan Mat, berkata PPH sudah berkhidmat selama 18 tahun sejak 2008 mengikut sistem Kontrak Perkhidmatan, kini dicadang ditukarkan kepada Skim MySTEP iaitu penurunan gred tanpa jaminan kestabilan pekerjaan dan faedah kebajikan sewajarnya.

Beliau berkata, kepentingan PPH iaitu mereka memainkan peranan penting dalam pemantauan pergerakan harga 480 jenis barangan (Stock Keeping Unit – SKU) di seluruh negara.

“Selain itu, mereka terbabit secara langsung dalam program utama kerajaan antaranya Program Pengedaran Barang Perlu, Jualan RAHMAH MADANI, Kempen Beli Barangan Malaysia, Promosi aplikasi Price Catcher dan Advokasi kepenggunaan kepada masyarakat.

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close