Duniaku TeknokratGovernansPilihan Editor

PUNB Mengekalkan Pensijilan ISMS ISO/IEC 27001:2013

Oleh wartawan BacalahMalaysia.my

PERBADANAN USAHAWAN NASIONAL BERHAD (PUNB) berjaya mengekalkan pensijilan Pengurusan Keselamatan Maklumat (ISMS) ISO/IEC 27001:2013 bagi tempoh tiga tahun akan datang berkuat kuasa dari 12 Mei 2023.

Pengurus Besar Bahagian Operasi PUNB, Encik Fauzi Bin Zakaria berkata, pengekalan pensijilan ISMS ISO/IEC 27001:2013 ini mencerminkan komitmen teguh PUNB terhadap keselamatan maklumat dan privasi data usahawan dan pelanggan.

“Matlamatnya adalah bagi memastikan adanya tahap perlindungan untuk kerahsiaan, kebolehdapatan dan integiriti maklumat dalam skop yang ditetapkan.

“Selain itu, pelaksanaan sistem pengurusan keselamatan ini juga dapat meminimumkan kesan insiden keselamatan siber terhadap maklumat aset dan sistem PUNB, sekali gus memberi khidmat terbaik kepada semua pelanggan PUNB.

“Pelaksanaan ISMS juga melancarkan proses operasi dengan lebih cekap dan sistematik sejajar dengan pelaksanaan pendigitalan perkhidmatan di PUNB,” katanya dalam kenyataannya di sini.

Pelaksanaan ISMS di PUNB meliputi maklumat aset dan maklumat sistem yang menyokong dan menguruskan kelancaran operasi permohonan sehingga pengagihan pembiayaan. PUNB menerima pensijilan ISMS buat pertama kali pada 12 Mei 2017 bagi  ISO/IEC 27001:2013.

Sebarang pertanyaan mengenai PUNB, boleh hubungi Pegawai Khidmat Pelanggan di talian 1 300 13 7862 atau e-mel kepada [email protected]. Layari portal rasmi PUNB di www.punb.com.my dan ikuti akaun rasmi media sosial PUNB @punbofficial untuk maklumat terkini. – BACALAHMALAYSIA.MY

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close