MalaysiaPilihan Editor

TOKYO 2020: Khairul Anuar Ke Peringkat 16 Akhir

Atlet memanah negara Khairul Anuar Mohamad menempah tempat di pusingan 16 terakhir Olimpik Tokyo. - Foto AFP
Jaguh memanah negara Khairul Anuar Mohamad kini hanya selangkah saja lagi untuk menyamai pencapaiannya di Olimpik London 2012 apabila menempah tempat di pusingan 16 terbaik di Sukan Olimpik Tokyo 2020.

Hari ini, Khairul Anuar yang berada di suku akhir London 2012 menewaskan dua lawannya dari Finland dan China untuk berada di pusingan 16 terbaik.

Beraksi di Yumenoshima Final Field, Khairul Anuar menamatkan saingan penyingkiran 64 terbaik recurve lelaki dengan melakar kemenangan 6-5 ke atas atlet Finland, Antti Vikstrom.

Pemanah berusia 29 tahun itu yang menghuni ranking ke-15 dunia begitupun diberi tentangan sengit oleh pihak lawan sebelum Khairul memenangi mata shoot-off.

Di pusingan penyingkiran 32 terbaik, Khairul Anuar juga perlu melalui saingan getir lawan dari China, Wang Dapeng sebelum melakar kemenangan dengan keputusan sama, 6-5.

Perlawanan 16 terbaik dijadual berlangsung Sabtu ini. – BH ONLINE

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close