Governans

PARLIMEN: Pelaburan PNB, KWSP, Khazanah Tak Dirujuk Kabinet – PM Anwar

Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan keputusan pelaburan dibuat Khazanah Nasional, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) serta Permodalan Nasional Bhd (PNB) bukanlah satu urusan kerajaan dan tidak pernah dirujuk kepada Kabinet.

Perdana Menteri menjelaskan, perkara itu bukan baharu kerana amalan sama dalam keputusan pelaburan dibuat syarikat berkaitan kerajaan (GLC) berkenaan turut dibuat pentadbiran terdahulu.

“Semua pelaburan PNB, KWSP, Khazanah itu bukan urusan Kabinet. Saya lihat juga minit mesyuarat Kabinet (pentadbiran) sebelumnya, keputusan pelaburan Khazanah, PNB dan KWSP tidak dirujuk Kabinet, termasuk semasa rakan-rakan sebelah sana (pembangkang) menjadi Jemaah Menteri.

“Tetapi dalam kes ini (pegangan saham Malaysia Airport Holdings Berhad (MAHB) oleh Global Infrastructure Partners (GIP), saya ada maklumkan Kabinet.. ini yang berlaku, (hanya) sebagai makluman saja.

Beliau berkata demikian menjawab soalan tambahan Datuk Mohd Shahar Abdullah (BN-Paya Besar) pada Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini. – BH ONLINE

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close