Governans

PARLIMEN: Mengapa Pilih GIP, BlackRock – Ini Penjelasan Anwar

Penjualan pegangan saham dalam Malaysia Airport Holdings Berhad (MAHB) kepada BlackRock dibuat selepas melalui syarat ketat, dengan tapisan dilakukan dalam kalangan keseluruhan 145 syarikat yang berminat.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata daripada 145 syarikat itu, lima syarikat akhirnya disenarai layak termasuk BlackRock, dengan antara isu yang timbul di peringkat rundingan adalah kebanyakan syarikat berkenaan mahu diberikan hak mengurus sepenuhnya.

“Khazanah (Khazanah Nasional Berhad) melaporkan apabila dibuka untuk pertimbangan pengurusan, sekitar 145 (syarikat) yang berminat, akhirnya lima yang layak.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika sesi joal jawab sesi pagi pada Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Parlimen Ke-15 di Dewan Rakyat, hari ini. - Foto ihsan Penerangan Malaysia
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika sesi joal jawab sesi pagi pada Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Parlimen Ke-15 di Dewan Rakyat, hari ini. – Foto ihsan Penerangan Malaysia

 

“Syarat yang ditetapkan oleh Khazanah adalah ketat dan ia tak dipersetujui kebanyakan (syarikat). Pertama, (jawatan) pengerusi dan ketua pegawai eksekutif (CEO) mestilah rakyat Malaysia, selain itu, majoriti pegangan adalah (milik) Malaysia.

“Namun syarikat yang berminat ini, baik Singapura atau lain-lain, mereka nak hak mengurus. Maknanya CEO dalam kalangan rakyat dia atau mereka yang tentukan. Syarat ini tak diterima. Itu sebabnya mengapa GIP diambil,” katanya pada Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Perdana Menteri (PMQT) di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal (PN-Machang) yang mempersoalkan pemilihan Blackrock yang dikaitkan sebagai syarikat pro-Israel.

Pelaburan BlackRock di negara ini bukan baharu, malah syarikat pelaburan antarabangsa itu sudah melabur di negara ini sejak berpuluh-puluh tahun lalu khususnya dalam pasaran ekuiti dan bon syarikat berkaitan kerajaan (GLC) serta syarikat korporat Malaysia.

Semakan data menunjukkan BlackRock sudah mempunyai kepentingan dan pegangan saham dalam syarikat senaraian awam di Bursa Malaysia bernilai RM24.7 bilion dan RM7.9 bilion dalam bon kerajaan dan korporat Malaysia.

Menurut data boleh diperoleh secara terbuka juga menunjukkan, sehingga Mei 2024 firma pelaburan global itu sudah sedia ada memiliki pelaburan dalam ekuiti dalam 100 syarikat tersenarai di Malaysia merangkumi keseluruhan sektor industri, dengan tiga institusi perbankan di negara ini. – BH ONLINE

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close