Pengendali rangkaian kedai serbaneka, 7-Eleven Malaysia Holdings Bhd, hari ini mengumumkan peletakan jawatan Pengerusinya, Datuk Farhash Wafa Salvador, berkuat kuasa 30 Mei 2025.
Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, syarikat itu memaklumkan bahawa Farhash, yang dilantik sebagai Pengerusi pada 3 Januari 2023, melepaskan jawatan bagi memberi tumpuan kepada urusan perniagaan lain.
Farhash juga memegang jawatan sebagai Pengerusi Key Alliance Group Bhd sejak 28 Januari 2025. – BERNAMA




