oleh wartawan BacalahMalaysia.my
Lambang Dacing (Barisan Nasional – BN) masih diterima rakyat !
Itulah kata-kata semangat Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ketika berucap di program makan tengahari bersama masyarakat kampung di Dewan Dato’ Seri Abu Bakar di sini.
Tegasnya lagi, dulu sewaktu PRU-14 kita melihat lambang dacing ini seolah-olah tiada atau tidak relevan lagi.
“Tetapi dengan berkat kesabaran dan ketabahan kita dalam keluarga besar BN, apatah lagi kita mengharungi lima PRK lalu telah menunjukkan tanda-tanda kejayaan.
“Bahawanya lambang dacing masih terus diterima rakyat,” kata Ahmad Zahid.
Buktinya lagi, Presiden UMNO memaklumkan PRK Chini ini adalah PRK pertama selepas penubuhan Perikatan Nasional (PN) dan inilah ujian pertama untuk memperlihatkan BN masih diterima rakyat dan kerana itu lambang dacing terus diguna.
“Ini satu kejayaan dan satu manifestasi BN bersama PN.
“Semangat PN diterjemahkan sebagai kesinambungan kejayaan PRK yang lalu,” menurut Ahmad Zahid.
PRK Chini adalah PRK keenam yang dilalui oleh BN namun PRK ini adalah satu manifestasi kerana ia adalah pertama kali BN bersama PN mengenengahkan calon BN.
Sebelum ini, Pengerusi BN berkata, menang atas Muafakat Nasional dan penyatuan ummah.
“Tetapi kali ini kita melihat bahawa PN walaupun belum berdaftar secara rasminya namun semangat PN diterjemahkan sebagai kesinambungan kejayaan PRK yang lalu,” kata Ahmad Zahid – BACALAHMALAYSIA.MY